BLOG HITS

Thursday, April 17, 2014

TIPS SURAT IRINGAN BAGI GRADUAN

Nama Anda
Alamat surat menyurat
No hp
email:
tarikh:

Tuan/Puan,

Saya ada terbaca iklan jawatan kosong mengenai jawatan kosong mengenai jawatan penganalisis kewangan dipusat kerjaya dan kaunseling di UITM. Pengalaman semasa belajar dan latihan amali melayakan saya untuk memohon jawatan ini.

Menurut iklan tersebut, pihak tuan sedang mencari individu yang boleh menjadi ketua yang mampu menyediakan analisa kuantitatif dan bekerja dalam pasukan.

Semasa cuti semester, saya menjalani latihan amali di syarikat................................Sudah menjadi tanggungjawab saya disitu untuk mengenalpasti kesalahan didalam pengiraan dan penjadualan. Dengan menggunakan kemahiran yang didapati melalui kursus yang mana berkaitan dengan ijazah pengurusan perniagaan, saya mampu membantu dalam menyelesaikan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh kumpulan saya. Kemahiran semasa menyertai Persatuan Pelajar di Universiti sedikit sebanyak membantu saya bekerja dalam pasukan disamping membantu antara satu sama lain jika diperlukan.

Jika diberi peluang, saya yakin bahawa saya dapat membantu syarikat tuan sebagai penganalisa kewangan dan seterusnya dapat berkongsi bersama ilmu yang saya dapat semasa didalam kelas mahupun sewaktu dilatihan amali. Saya juga berkeyakinan tinggi bahawa kemahiran yang ada pada saya amat bersesuaian dengan jawatan ini.

Terima kasih di atas pertimbangan pihak tuan dan jasa baik tuan amatlah dihargai.

Sekian, Terima kasih

Yang Benar

...........................
Nama anda

Source: Buat Resume

No comments:

Post a Comment