1.
Banyakkan makan makanan yang berbuah.
Kalau
nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya
ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik.
Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.
2.
Banyakkan juga memakan kekacang.
Kacang
pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan
beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan
protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang
soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.
3.
Banyakkan minum air.
Air
adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan
dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai
pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang
11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh
dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk
menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6
hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman
lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.
4.
Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
Sebenarnya
lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja
dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan
pengambilan lemak berlebihan dengan:
- Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
- Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
- Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
- Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
- Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
- Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.
5.
Kurangkan gula.
Makanan
yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi
banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau
serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan
menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang
berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan
masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan
jantung dan sebagainya.
6.
Kurangkan garam
Makanan
segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram
seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu
banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa
kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah
terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
Source: Utusan Pengguna
Source: Utusan Pengguna
No comments:
Post a Comment