Keju
tinggi dengan kalori dan lemak? Benar.. akan tetapi, terdapat juga kelebihan
yang terdapat disebaliknya. Pastikan kita membicarakan tentang keju yang
berkualiti tinggi dan bukannya yang terdapat di dalam pizza dan sebagainya. Pengambilan
produk tenusu dalam pemakanan harian anda dapat membantu mengurangkan risiko
penyakit jantung dan kencing manis. Selain daripada itu, kajian juga mendapati
ia dapat membantu dalam proses mengurangkan berat badan. Keju adalah tinggi
dalam protein dan merupakan sumber kalsium yang terbaik.
2.
Kopi
Minuman
yang membuatkan hampir ramai yang ketagih dengan sifat semulajadi bahan kopi
ini memberikan kesan negatif kepada sesetengah individu seperti menyebabkan
kebimbangan, kegelisahan, keresahan, insomnia, sakit kepala, berdebar-debar
jantung dan sebagainya.
Harus
ditekankan disini, kopi adalah sumber tenaga yang baik. Akan tetapi, hadkan
pengambilan dan menjaga kualiti minuman tersebut dimana elakkan meletakkan gula
berlebihan dan tidak mencampurkannya ia dengan susu pekat manis. Amalkan
meminum kopi kosong yang sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan yang tidak
kita ketahui. Kopi dapat meningkatkan mood, masa reaksi, ingatan, kewaspadaan
dan fungsi kognitif umum. Selain daripada itu, ia boleh membantu anda membakar
lemak dengan merangsang sistem saraf pusat anda, dan meningkatkan metabolisme
anda. Akhir sekali, ia juga dapat meningkatkan jangka hayat anda.
Kopi
adalah sumber tenaga yang baik. Akan tetapi, hadkan pengambilan dan menjaga
kualiti minuman tersebut dimana elakkan meletakkan gula berlebihan dan tidak
mencampurkannya ia dengan susu pekat manis.
3.
Durian
Pasti
ramai yang kurang gemar dengan bau yang kurang menyenangkan dari Raja Buah ini.
Akan tetapi, ada juga yang gilakan rasa lemak yang dirasai ketika makan buah
ini. Buah yang tinggi lemak dan tinggi dengan kalori? Benar akan tetapi
pengambilan yang tidak melebihi kalori harian bukanlah penyebab untuk kita
terlepas dari mendapatkan kebaikan dari Raja Buah ini. Durian adalah tinggi
dengan nilai seratnya. Ia juga mengandungi vitamin C, Vitamin B6, dan folat. Ia
juga tinggi dengan potassium dimana ia dapat membantu mengawal kadar jantung
dan tekanan darah.
4.
Tiram
Bau
yang kurang enak serta rasa yang kurang menyenangkan dari hasil laut ini
membuatkan sesetengah orang kurang gemar untuk menikmatinya. Akan tetapi, hasil
laut ini juga tidak kurang hebatnya dari segi kelebihan dan sumbangan
vitaminnya. Tiram tinggi dengan sumber zinc dimana ia merupakan sumber mineral
penting untuk pengeluaran sperma dan kesihatan seksual lelaki dan meningkatkan
hormon seks. Selain daripada itu, ia tinggi dengan sumber protein tanpa lemak
serta tinggi dengan Omega-3, magnesium dan vitamin-E dimana dapat mengurangkan
risiko serangan jantung dan keradangan. Seterusnya, ia mengandungi antiviral
yang didapati menghalang tumor daripada membentuk dalam tempoh masa yang
panjang.
5.
Daging Merah
Sesetengah
orang ada yang kurang gemar makanan ini. Ada yang mengatakan ianya makanan yang
menggemukkan dan berkolesterol tinggi. Sebenarnya, samada ianya memudaratkan
atau tidak adalah bergantung kepada jumlah makanan yang diambil. Daging merah
adalah sumber vitamin D yang terbaik. Kajian di Jepun mendapati bahawa lemak
yang lebih tepu mereka makan, lebih rendah risiko strok. Selain daripada itu,
daging merah juga terdapat zinc yang penting untuk fungsi-fungsi fisiologi dan
merupakan sebahagian daripada struktur bagi banyak protein dan enzim.
6.
Ghee
Penggunaan
ghee dalam masakan amat popular lagi-lagi dikalangan masyarakat kaum India.
Sesetangah kajian mengatakan penggunaan ghee yang berlebihan dapat meningkatkan
risiko penyakit jantung. Akan tetapi, untuk mendapatkan khasiat dari penggunaan
tersebut, elakkanlah menggunakan ghee ini secara berlebihan. Dari segi
Ayurveda, minyak ghee ini dapat menggalakkan pembelajaran dan meningkatkan
ingatan seseorang. Ia juga penuh dengan vitamin larut lemak A, D, E dan K.
Kandungan yang terdapat didalam minyak ghee ini mengandungi asid linoleik
conjugated (PTK). Ia adalah asid lemak antioksidan yang boleh mengurangkan
risiko beberapa jenis kanser dan membantu dalam penurunan berat badan.
7.
Hati Lembu
Organ
dalaman sememangnya tidak digalakkan untuk diamalkan. Akan tetapi, bagi
penggemar hati lembu, terdapat juga kelebihan yang dapat diperolehi dari
hidangan yang diberikan. Walaubagaimanapun, hadkan pengambilan anda agar tidak
berlebihan. Hati lembu mengandungi pelbagai nutrient tambahan seperti zinc,
vitamin B12, dan vitamin A. Sumber ini dapat membantu mengurangkan penyakit
yang berbahaya Ia adalah sumber protein yang baik. Ia juga dapat melindungi
daripada kanser, keletihan, dan mengoptimumkan sistem imun anda.
8.
Kentang
- Sumber karbohidrat ini selalunya dielakkan pengambilannya oleh individu yang sedang mengurangkan berat badan. Benar, kentang tinggi dengan kandungan karbohidratnya. Akan tetapi, lagi sekali, jika anda sudah mengira jumlah pengambilan karbohidrat harian anda, anda harus mengambil sumber tersebut dari kentang.
- Jika anda ingin mengurangkan berat badan, makan makanan yang rendah Indeks glisemik (GI).Kentang telah dikenalpasti sebagai tinggi dalam GI. Akan tetapi, kajian yg telah dijalankan, tahap GI kentang berbeza dari segi penyediaannya. GI kentang adalah lebih rendah apabila mereka dimakan sedikit sejuk daripada panas, dan apabila direbus dan dimakan keseluruhan dan bukannya dilenyekkan.
- Kentang dapat menggantikan keinginan anda untuk gula-gula dan roti apabila pada diet rendah karbohidrat. Selain daripada itu, kentang juga amat sesuai untuk individu yang menghadapi plateu ketika mengurangkan berat badan dimana ia dapat mengembalikan tahap leptin anda. Ia dipanggil teknik refeeding dan dapat mengembalikan semula proses pengurangan berat badan.
9.
Sos tomato
- Sememangnya pasti ramai yang mengetahui bahawa sos adalah bahan proses yang tinggi dengan kandungan gula dan garam. Pastikan anda menggunakan sos tomato yang berkualiti tinggi jika ingin menikmatinya agar dapat mengelakkan dari penambilan sos tomato yang kurang berkualiti dan sebagainya.
- Bahan utama penyediaan sos adalah dari sirap jagung tinggi fruktosa (HFCS). Ia merupakan pemanis yang murah dan senang didapati yang boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah dan akhirnya menyebabkan obesiti. Oleh itu, untuk mendapatkan dan mengelakkan dari pengambilan HFCS yang tinggi, sos tomato Heinz adalah sos yang kurang menggunakan HFCS.
- Selain daripada itu, terdapat juga kelebihan memakan sos ini dimana ia mengandungi kandungan lycopene. Lycopene merupakan antioksidan yang kira-kira 100 kali lebih berkuasa daripada vitamin E. Ia adalah berguna untuk merawat penyakit kardiovaskular, strok, kencing manis, osteoporosis dan kemandulan lelaki.
10.
Daun Gandum
Selain
bau yang kurang menyenangkan, daun gandum ini amat pahit dan kurang enak. Akan
tetapi, khasiat yang terdapat pada daun ini sangat berguna seperti ia
mengandungi klorofil. Klorofil dapat mengurangkan kadar kanser kolon, dan ia
boleh menjadi terapeutik untuk ulser kolitis.
No comments:
Post a Comment