Pakaian
Ya, tiada kod pakaian khusus untuk menghadiri
Pameran Kerjaya. Memadailah memakai kemeja dan seluar panjang bagi lelaki dan
smart casual bagi perempuan. Tali leher dan kot tidak diperlukan kecuali jika
anda menghadiri temuduga. Seeloknya disimpan sahaja di
dalam beg dan tidak perlulah dipakai setiap masa kerana anda akan
berpeluh-peluh dalam kesesakan pengunjung.
Pengenalan diri
Mulakan perbualan dengan memperkenalkan nama,
latarbelakang pendidikan dan kemahiran kendiri. Jangan terlalu panjang kerana
ini bukan sesi temuduga, Keep It Short and Simple (KISS). Janganlah dimulakan
perbualan dengan bertanya "Bang,
sini ada kerja kosong ke?" Pameran Kerjaya bukanlah
seperti laman web yang menyenaraikan jawatan kosong. Sekiranya anda memiliki potensi, syarikat akan
sanggup melakukan apa sahaja untuk membawa anda menyertai mereka.
Keyakinan diri
Suasana di Pameran Kerjaya selalunya panas
dan bising dengan pengunjung. Di sinilah tahap keyakinan diri anda akan
tercabar untuk cuba menarik perhatian wakil syarikat. Kekalkan tahap energi dan
lontarkan suara dengan bahasa badan yang meyakinkan. Jaga penampilan
terutamanya bau badan, bulu hidung dan bau mulut. Gula-gula Fisherman's Friend
mungkin boleh membantu.
Resume
Akhir sekali
adalah resume, sebagai
satu-satunya "wakil" dan "jurucakap" anda kepada pihak
syarikat. Sekiranya anda berjaya melaksanakan tiga perkara di atas dengan baik,
serahkan resume kepada wakil syarikat (bukan diletakkan di dalam kotak yang
disediakan), kerana kebarangkalian besar resume anda akan diasingkan daripada
resume mereka yang biasa-biasa. Oleh itu, bawalah resume secukupnya dan jangan
sampai kehabisan salinan. Seeloknya, bawalah resume dalam bentuk soft copy di
dalam pendrive atau hard disc.
Semoga dengan
sedikit info ini dapat membantu anda menghadiri karnival kerjaya yang
dianjurkan dengan lebih baik dan seterusnya memikat majikan yang ada disana.
Semoga berjaya.
Penting: Sila bawa
sijil-sijil, resume, kad pengenalan dan gambar terkini.
No comments:
Post a Comment