BLOG HITS

Wednesday, April 16, 2014

ELAK WARISI KEPAPAAN

Dipetik dari kitab Taalim Mutaallim (m/s 43) dan kitab Jauhar Al-Mauhub Wa Minabbahatil Qulub (m/s 102) karangan Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kelantani
  • Mengerjakan dosa.
  • Melebihkan tidur.
  • Tidur bertelanjang.
  • Tidur selepas solat subuh.
  • Membiarkan makanan yang jatuh. (tidak diambil@dibersihkan).
  • Mengeringkan anggota badan (termasuk peluh) dengan tepi kain (pakaian) yang sedang dipakai. Untuk penyelesaian, gunakanlah sapu tangan.
  • Membakar kulit bawang(merah@putih).
  • Menyapu rumah pada malam hari.
  • Meninggalkan sampah pada rumah (tidak dibuang@dibersihkan).
  • Berjalan dihadapan guru (tidak tunduk@hormat).
  • Membasuh tangan dengan tanah.
  • Memanggil kedua ibu bapa dengan namanya.
  • Meringankan sembahyang. (solat tidak sempurna tanpa kusyuk dan tawaduk).
  • Menjahit pakaian ketika sedang dipakai dibadan.
  • Bersegera keluar dari masjid.
  • Pergi ke pasar pada awal-awal pagi dan melambatkan kepulangan.
  • Tidak membasuh bekas makanan.
  • Memadam pelita dengan mulut.
  • Menyisir rambut dengan sikat yang patah2.
  • Meninggalkan berdoa untuk kedua ibu bapa.
  • Memakai serban ketika duduk.
  • Memakai seluar ketika berdiri.
  • Terlalu boros atau bakhil dalam berbelanja.
  • Membuang kahak ketika qada hajat.
  • Menyapu rumah dengan kain (pakaian).
  • Cungkil gigi dengan pencungkil kayu (gunalah tali).
  • Duduk dibendul rumah.
  • Duduk diantara belahan pintu.
  • Berwudhu ditempat tidur.
  • Makan sesuatu ketika berjunub.

No comments:

Post a Comment