Ya
Allah
Kau
ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau
limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau
berikanlah aku kekuatan mental
Kau
kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau
peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau
kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau
berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya
Allah
Sekiranya
suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah
aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya
suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah
aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya
suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah
aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya
suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah
tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya
suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah
aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Ya
Allah
Kau
yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau
juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya
aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah
aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya
aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau
hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya
aku engkar dan derhaka
Berilah
aku petunjukkan kearah rahmatMu
Ya
Allah sesungguhnya
Aku
lemah tanpa petunjukMu
Aku
buta tanpa bimbinganMu
Aku
cacat tanpa hidayahMu
Aku
hina tanpa RahmatMu
Ya
Allah
Jadikanlah
aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah
hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah
aku menjadi isteri Soleha
Hanya
padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana
aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana
aku sedar hinanya aku
Kerana
aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana
aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana
kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana
pendek akal ku mengharugi ujianMu
Ya
Allah Tuhanku…
Aku
hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri
yang dikasihi
Isteri
yang solehah
Isteri
yang sentiasa dihati
No comments:
Post a Comment