BLOG HITS

Friday, April 25, 2014

FAVOURITE BOOK

Al-Quran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida’ Bertajwid
Nama Penyusun : Prof Madya Dr Hj Abd Raof Tan Sri Hj Hassan
Harga: RM95.00
Kod Produk: TBAQ 1003
Barcode: 9555-056-300-297
Saiz: 16.5 cm X 24.0 cm
Mukasurat: 624 ms
Tarikh produk berada di pasaran: Julai 2013

Al-Quran Al-Karim dengan Panduan Wakaf & Ibtida’ beserta hukum tajwid yang menggabungkan 2 elemen penting iaitu hukum tajwid dan wakf ibtida’(memberhentikan dan memulakan bacaan). Keistimewaan Al-Quran ini adalah ia menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca Al-Quran  memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. Memudahkan para pembaca untuk mengenalpasti hukum hakam bacaan Al-Quran, malah ia juga dapat meminimumkan kesilapan bacaan hukum tajwid serta kesilapan dalam memberhentikan dan memulakan bacaan pada pertengahan ayat yang panjang. Al-Quran ini juga sesuai untuk dijadikan permulaan untuk mengenali dan mempelajari hukum tajwid. Didatangkan dengan 4 warna untuk pilihan pengguna iaitu ungu, kuning, hijau dan turquoise.

Allah Doktorku
Nama Penulis: Mukhlas Asy-Syarkani Al-Falahi
Harga: RM32.00
Kod Produk: TBBK 1265
ISBN: 978-967-388-128-4
Saiz: 16.5 cm X 24 cm
Mukasurat: 328 ms
Tarikh produk berada di pasaran: Julai 2013

Kesihatan yang terjamin dan kehidupan yang selesa adalah sebahagian tuntutan kehidupan manusia. Dalam episod kehidupan dunia, sakit merupakan salah satu babak kehidupan yang datang daripada Pencipta Yang Maha Bijaksana sebagai ujian dan dugaan. Manusia akan berusaha untuk sembuh dan hakikat penyembuhan yang sebenarnya adalah daripada Allah SWT kerana Allah bersifat asy-Syafi. Pelbagai pendedahan mengenai kaedah perubatan warisan Islam melalui buku “Allah Doktorku, Wahyu Ubat Penyakitku”. Buku ini sangat wajar dimiliki kerana Menekankan penyembuhan penyakit luaran dan dalaman, jasmani dan rohani. Membantu masyarakat mengamalkan perubatan Islam dengan panduan al-Quran dan hadis. Sarat dengan doa dan petua bagi penyembuhan penyakit. Memberikan penghayatan dan motivasi agar turut merawat iman di dalam hati.

Quran Saintifik Edisi Kemas Kini
  • Sains dan Islam memang tidak dapat dipisahkan. Hal ini disebabkan umat Islam disuruh Allah untuk mengkaji rahsia alam semesta secara sistematik. Dalam surah Al-Ghasyiah ayat 17 hingga 20, Allah menyatakan yang bermaksud, “Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan.”
  • Malah lebih daripada itu, Allah memuliakan golongan yang suka mengkaji alam dan menggelar mereka sebagai ulul albab, golongan yang menggunakan akal dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul. Rangsangan daripada ayat-ayat ini dan yang seumpamanya berjaya melahirkan ramai saintis daripada kalangan umat Islam. Malah sains moden tidak akan berkembang tanpa saintis-saintis beragama Islam ini.
  • Quran Saintifik Edisi Kemas Kini menghidangkan kepada pembaca tentang keagungan Tuhan dan kehebatan mukjizat Al-Quran melalui kacamata Islam dan sains.  Buku ini juga membahaskan secara terperinci penemuan-penemuan saintifik yang terkini serta fenomena-fenomena sains yang membenarkan Al-Quran.
Contoh Bab: Quran dan Teori Kejadian Alam
  • Alam semesta mempunyai permulaannya. Dalam surah Al-Anbiya’ ayat 30 Allah berkata, “Apakah orang-orang kafir itu tidak melihat langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (ratqa) kemudian kami pisahkan antara keduanya (fataq). Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup.”
  • Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama, mengenai asal usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara kedua-duanya. Kedua, ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala hidupan. Tanpanya hidupan tidak akan wujud sama sekali.
  • Terdapat dua perkataan dalam ayat ini yang perlu diberikan fokus, iaitu, ratqa dan fataq. Ratqa berasal daripada perkataan Arab rataqa yang bermaksud patch upsew up iaitu ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup.
  • Fataq pula berasal daripada bahasa Arab fataqa yang bermaksud unsewunstitchrip opentear apart iaitu dibuka, dibelah dan dikoyak. Ia melambangkan sesuatu yang terbuka, terungkai dan mengembang.
  • Berhubung dengan ayat ini, Imam Said bin Jubair berkata, “Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan Allah dalam ayat ini.”
  • Tafsiran oleh Imam Said bin Jubair ini yang dinyatakan lebih daripada 1,000 tahun dahulu mengagumkan. Berhubung dengan tafsiran ini, Syeikh Said Hawa berkata dalam Al-Asas fi Al-Tafsir, “Tafsiran yang dibuat, sebagai contohnya oleh Imam Said bin Jubair, menceritakan mengenai sesuatu yang tidak diketahui melainkan baru-baru ini.” Hal ini disebabkan kenyataan ini memang selari dengan penemuan sains pada hari ini berhubung kejadian alam semesta.

Source:

No comments:

Post a Comment