Jangan susah hati kalau awak ada jerawat biasa-biasa atau serius
sebab saya akan berkongsi dengan awak cara nak rawat dan cegah jerawat
berdasarkan pengalaman saya dari tingkatan tiga sampai la ke semester akhir.
Dasyat sangat pengalaman ni. Tapi berkat usaha, doa dan sokongan daripada semua
pihak maka Alhamdulillah jerawat saya makin pulih hari demi hari. Saya disahkan
menghidap penyakit Acne Vulgaris. Saya pun terkejut pada mulanya. Lama-lama
barula saya tahu. Rupanya hormon berlebihan menyebabkan jerawat keluar setiap
masa dan ia makin menjadi-jadi keluar bila saya makan makanan laut dan
stress.
Tip 1: Ubat
Jangan pakai ubat sembarangan tau sebab ia akan memudaratkan lagi
masalah jerawat kat muka kita. Kulit muka kita akan jadi nipis bila kita pakai
ubat yang tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia tau. Dapatkan
nasihat daripada doktor, pakar kulit atau ahli farmasi. Saya jumpa pakar kulit
daripada hospital besar Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu sebab saya
tinggal di Terengganu. Tapi, bukan senang nak jumpa dengan pakar sebab kena
buat temujanji dulu. 4 bulan kemudian barulah dapat jumpa. Doktor pun
bagilah segala macam ubat yang terbaik untuk saya. Saya guna setiap hari dengan
penuh yakin dan tawakal kepada Allah. Yang penting kita kena istiqamah.
InsyaAllah.
Ni vitamin untuk
kulit. Wajib pakai setiap hari. Cara pakai senang jer. Hanya sapu nipis pada
kawasan yang ada jerawat sebelum tidur. Masa sapu baca Bismillah
dan selawat kepada NABI 3kali.
Ni krim untuk
merawat parut jerawat sekaligus membunuh jerawat secara semulajadi. Sapu nipis
di kawasan yang berjerawat pada waktu pagi dan jangan bagi kena pada matahari
nanti jadi sunburn. Masa sapu baca Bismillah dan selawat kepada NABI 3kali.
Ni ubat untuk
sesiapa yang alergik pada makanan laut. Boleh beli di farmasi. Harganya RM12
untuk 12 biji. Kesan dia sangat ok. Hari tu tangan saya merah dan sembab sebab
makan tom yam. Lepas makan ubat ni Alhamdulillah sembuh. Tapi kesan setiap
orang adalah berbeza bergantung kepada antibodi dan hormon masing-masing.
Ni Vitamin C 1000mg Pahang Pharma. Boleh beli kat butik, facebook atau blog sebab ramai
orang jual vitamin ni. Saya beli RM60 kat facebook Vitamin C 1000mg Pahang Pharma. Makan sebiji sebelum tidur setiap hari. Wajib kena
minum air masak yang banyak untuk sembuhkan segala macam penyakit yang ada
dalam tubuh badan kita.
Ni doxycyline
100mg. Kena makan selepas sarapan setiap hari. Jangan sarapan sembarangan sebab
nanti muntah. Jarakkan antara 30 minit untuk sarapan yang berat contohnya
nasi lemak, nasi minyak dan sebagainya. Jangan sesekali makan dengan
perut kosong sebab nanti muntah teruk sampai loya-loya.
Saya guna pencuci muka sabun beras Thailand keluaran K.Brothers.
Saya beli dari facebook Mohaya Beauty Shop atau pergi terus ke website
dia Mohaya Beauty. Harga
yang dijual sangat berpatutan dan penghantaran sangat cepat. Dijamin sampai
esok. Saya da beli sedozen. Saya order malam. Esoknya dia pos. lusa sampailah
barang saya. Ataupun guna apa-apa pencuci muka yang dirumus khas untuk
mencegah jerawat. Saya guna jugak pencuci muka Hilmalaya. Harga RM21.30. boleh
beli kat Watson atau Guardian.
Tip 3: Disiplin
Amalkan semua tips yang saya bagi setiap hari dengan penuh
kesabaran. Jangan mudah putus asa sebab Allah akan bagi ganjaran pada kita pada
akhirnya. Yakinlah!
Tip 4: Doa
Amalkan doa-doa yang berkaitan dengan kesihatan. Saya hanya
amalkan zikir Ya-Syakur sebanyak 41 kali sehari. Saya akan zikir selalu bila
saya free. Apa-apa yang kita buat harus dimulakan dengan Bismillah, guna tangan
kanan dan istiqamah. Untuk kesan yang cepat, baca surah Yusuf ayat 4.
Tip 5 : Jaga Pemakanan
Jaga makan. Jangan makan makanan yang berminyak, berempah dan
bertumis. Sesiapa yang ada alergik makanan laut macam saya, jangan makan
makanan laut. Kuatkan semangat anda ye. Kalau nak makan jugak boleh tapi kena
minum air masak banyak untuk cegah jerawat keluar banyak atau kesan sampingan
pada badan contohnya sembab, tangan bengkak, gatal-gatal dan jerawat bernanah
di muka. Cuci muka 3 kali sehari. Jangan banyak kali nanti kulit muka jadi
nipis dan kering.
Selamat mencuba. Tapi, jangan salahkan saya jika
tips yang saya kongsi tak beri kesan positif pada anda sebab hormon setiap
orang adalah berbeza. Kalau ada kemuskilan boleh komen ye!
No comments:
Post a Comment