Jadilah
seorang lelaki
Yang
beriman
Yang
hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah
Yang
jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang
sentiasa haus dengan ilmu
Yang
sentiasa dahaga akan pahala
Yang
solatnya adalah maruah dirinya
Yang
tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang
tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang
sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah
Jadilah
seorang lelaki
Yang
menjaga tutur katanya
Yang
tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang
tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang
sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang
mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Jadilah
seorang lelaki
Yang
menghormati ibu bapanya
Yang
sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga
Yang
bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang
akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang
mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana
dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
Jadilah
seorang lelaki
Yang
sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang
hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah
Yang
boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang
menjaga matanya dari berbelanja
Yang
sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
Jadilah
seorang lelaki
Yang
tidak pernah membazirkan masa
Matanya
kepenatan kerana membaca al- Quran
Suaranya
lesu kerana penat berzikir
Tidurnya
lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya
Subuh penuh kecergasan
Kerana
sehari lagi usianya bertambah kematangan
Jadilah
seorang lelaki
Yang
sentiasa mengingati mati
Yang
baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang
mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar
berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik
Meneruskan
perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Jadilah
seorang lelaki
Yang
tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana
dia mengimpikan syurga Allah
No comments:
Post a Comment