BLOG HITS

Wednesday, April 16, 2014

TIPS TEMUDUGA KERAJAAN

Persediaan:
  • Selidik seberapa banyak maklumat  tentang pekerjaan yang anda pohon itu.
  • Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat  temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. Jangan sekali-kali datang lambat.
  • Pakailah pakaian yang bersesuaian, kemas dan bersih.
  • Anda perlu bersedia menjawab semua soalan-soalan yang dikemukakan oleh penemuduga.
  • Pastikan semua sijil-sijil, dokumen-dokumen dan surat-surat asal di bawa bersama dan salinan disahkan sebelum ditemuduga.
Tingkah laku:
  • Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
  • Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
  • Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan.
  • Jangan menggelisah
  • Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
  • Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
  • Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat.
  • Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.
  • Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
  • Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
  • Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu.
  • Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
  • Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  • Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  • Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
Dokumen yang perlu dibawa semasa temu duga: 
  • Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan seperti berikut: 
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil SPM
  • Ijazah atau surat pengesahan tamat pengajian dari universiti
  • Gambar ukuran passport
Semasa hadir temu duga:
1.Anda dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen asal dan salinan fotostat seperti berikut:
  • Kad Pengenalan;
  • Sijil Kelahiran;
  • Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan);
  • Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V);
  • Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
  • Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat-pusat pengajian;
  • Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan (jika berkenaan);
  • Sijil-sijil lain yang ada kaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
  • Sijil kegiatan luar (Asal Sahaja);
  • Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerimaan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan); dan
  • Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi, Laporan Pengisytiharan Harta, Surat Pengesahan Ketua Jabatan (bagi calon memohon melalui Internet) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.
2.Anda dikehendaki membawa "resume" bergambar yang ringkas dan padat. 
3.Kegagalan mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan.       
4.Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.


No comments:

Post a Comment