1.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 orang wali.
2.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 lelaki soleh.
3.
Seorang wanita yang jahat adalah lebih
buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4.
2 rakaat solat dari wanita yang hamil
adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil (kalau dia
bersolat).
5.
Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada
tiap-tiap titik susunya.
6.
Wanita yang melayan dengan baik suami yang
pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7.
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur
yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.
8.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih
sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang
Allah dengan penuh rahmat.
9.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk
syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan
menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam
hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh
dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.
11.
Wanita yang memerah susu binatang dengan
“bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan
“bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
13.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir
akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
14.
Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat
pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana
pintu yang dia suka.
15.
Wanita yang hamil akan dapat pahala
berpuasa pada siang hari.
16.
Wanita yang hamil akan dapat pahala
beribadat pada malam hari.
17.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala
70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji.
18.
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari
selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
19.
Jika wanita melayan suami tanpa khianat
akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempoh (2 1/2 tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita
bahawa syurga wajib baginya.
21.
Jika wanita memberi susu badannya kepada
anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh
akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan
mendapat pahala 7 tola perak.
23.
Wanita yang meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24.
Jika suami mengajarkan isterinya satu
masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat
wajah Allah diakhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang
memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).
No comments:
Post a Comment