Jenis
darah (atau kumpulan darah) ialah
pengelasan darah berasaskan kehadiran atau ketiadaan
bahan-bahan antigen terwaris pada permukaan sel darah
merah (SDM). Antigen-antigen ini berbentuk protein,
karbohidrat, glikoprotein, atau glikolipid, bergantung pada sistem
kumpulan darah. Sesetengah antigen ini juga didapati pada permukaan
jenis sel lain pada pelbagai jenis tisu. Dari
satu alel (atau gen-gen yang terkait rapat), sebilangan
antigen permukaan sel darah merah ini bersama-sama membentuk sebuah sistem
kumpulan darah. Jenis darah adalah terwaris dan mewakili sumbangan
dari kedua-dua ibu bapa. Sejumlah 30 sistem kumpulan darah
manusia kini diitiraf oleh Persatuan Pemindahan Darah Antarabangsa (International
Blood Transfusion Society, ISBT).
Ramai
wanita hamil mengandung janin yang berlainan jenis
darahnya, dan badan si ibu boleh menghasilkan antibodi sebagai perlindungan
dari SDM janin. Adakalanya, antibodi keibuan ini merupakan IgG, sejenis
imunoglobulin kecil yang boleh merentasi uri lalu
menyebabkan hemolisis SDM janin yang boleh membawa
kepada penyakit hemolisis bayi baru lahir, iaitu penyakit kiraan sel
darah rendah yang boleh menjadi ringan atau parah.
Antara
penentu jenis darah ialah antigen kumpulan darah ABO yang ada dalam sel darah
merah.
Sistem Kumpulan Darah
- Sejumlah
30 sistem kumpulan darah manusia kini diitiraf
oleh Persatuan Pemindahan Darah Antarabangsa (International
Blood Transfusion Society, ISBT). Satu jenis darah yang lengkap
akan memerikan semua 30 bahan pada permukaan SDM, dan jenis darah
seseorang ialah salah satu daripada 600 antigen kumpulan darah yang
dikenali, tetapi kebanyakan antigen ini adalah jarang ditemui atau
tertumpu pada kelompok etnik tertentu.
- Selalunya,
seseorang hanya berdarah sejenis sepanjang hayat. Jarang sekali jenis
darah seseorang berubah, hasil penambahan atau pengurangan antigen
akibat jangkitan,kemaglinanan, atau penyakit autoimun. Satu
contoh fenomena jenis darah berubah ini ialah Demi-Lee Brennan,
seorang warga Australia yang berubah jenis darah
selepas pemindahan hati. Satu lagi punca perubahan jenis
darah yang lebih ketara ialah pemindahan sumsum tulang yang
dilakukan untuk penyakit-penyakit leukemia,limfoma dan
sebagainya. Jika seseorang menerima sumsum tulang dari seseorang yang
berlainan jenis ABO (cth., pesakit berjenis A menerima sumsum tulang
berjenis O), maka jenis darah pesakit itu akan berubah kepada jenis
penderma.
- Sesetengah
jenis darah dikaitkan dengan pewarisan penyakit lain, misalnya: antigen
Kell yang adakalanya dikaitkan dengan sindrom McLeod. Ada
jenis-jenis darah tertentu yang boleh mempengaruhi kerentanan seseorang
kepada jangkitan, misalnya ketahanan dari spesies malaria tertentu yang
ada dalam orang yang ketiadaan antigen Duffy. Antigen Duffy yang
dipercayai kesan pemilihan semula jadi, kurang ditemui di kalangan
kelompok etnik dari kawasan-kawasan yang kerap terjadi jangkitan malaria.
Sistem Kumpulan Darah ABO
Sistem ABO ialah
sistem kumpulan darah terpenting dalam bidang pemindahan darah
manusia. Antibodi-antibodianti-A dan anti-B yang berkaitan ini biasanya
berupa antibodi "Imunoglobulin M", atau singkatannya IgM.
Antibodi IgM ABO dihasilkan pada tahun-tahun pertama kehidupan dengan dipekakan
kepada bahan-bahan persekitaran seperti makanan, bakteria, dan virus.
"O" dalam ABO disebut "0" (kosong/sifar) dalam sesetengah
bahasa lain.
Fenotip
|
Genotip
|
A
|
AA atau AO
|
B
|
BB atau BO
|
AB
|
AB
|
O
|
OO
|
Sistem kumpulan darah ABO - rajah
menunjukkan rantaian karbohidrat yang menentukan jenis darah ABO.
Sistem Kumpulan Darah Rh
Sistem Rh ialah sistem kumpulan darah kedua
terpenting dalam bidang pemindahan darah manusia, kini dengan 50 antigen.
Antigen Rh yang terpenting ialah antigen D kerana inilah di antara lima antigen
Rh utama yang paling mampu merangsang tindak balas sistem imun. Ramai individu
berjenis darah D-negatif tiada antibodi IgG atau IgM anti-D, kerana antibodi
anti-D biasanya tidak dihasilkan oleh pemekaan kepada bahan-bahan persekitaran.
Namun begitu, individu D-negatif boleh menghasilkan antibodi IgG anti-D
berikutan peristiwa yang memekakan: mungkin pemasukan darah fetomaternal dari
janin ketika mengandung, atau kadang-kadangnya pemasukan darah yang bersel
darah merah D-positif. Dalam hal-hal sedemikian, boleh timbulnya jangkitan penyakit Rh.
Sistem Kumpulan Darah Lain
Persatuan Transfusi Darah Antarabangsa kini
mengiktiraf 30 sistem kumpulan darah (termasuk sistem ABO dan Rh). Maka,
selain antigen ABO dan antigen Rh, terdapat banyak lagi antigen yang dinyatakan
pada membran permukaan SDM. Misalnya, seseorang berdarah AB, D positif, dan
pada masa yang sama M dan N positif (sistem
MNS), K positif (sistem Kell), Lea atau Leb negatif
(sistem Lewis), dan sebagainya, jadi ada positif atau negatif untuk setiap
antigen sistem kumpulan darah. Kebanyakan sistem kumpulan darah dinamakan
sempena nama pesakit yang antibodi masing-masing pertama kali ditemui dalam
darah mereka.
Kepentingan Dalam Bidang Perubatan
Pemindahan darah
- Perubatan
transfusi ialah cabang khusus dalam ilmu hematologi yang
membincangkan kajian kumpulan darah, bersama fungsi tabung
darah untuk menyediakan perkhidmatanpemindahan darah dan produk
darah yang lain. Di seluruh dunia, produk darah mesti dipreskripsikan oleh
doktor perubatan (tabib atau doktor bedah berlesen), sama
dengan ubat-ubatan.
- Kebanyakan
kerja-kerja rutin tabung darah melibatkan ujian darah dari kedua-dua
penderma dan penerima untuk memastikan setiap penerima dibekalkan darah
yang serasi dan selamat digunakan. Jika seunit darah yang tidak
diserasikan dipindahkan dari penderma ke penerima, boleh
terjadinya tindak balas hemolitik akut parah
dengan hemolisis (kemusnahan SDM), kegagalan
ginjal dan renjatan, apalagi boleh membawa maut. Antibodi mungkin
amat aktif sehingga mampu menyerang SDM serta mengikat komponen-komponen
dalam sistem komplemen untuk mengakibatkan hemolisis teruk dari
darah yang terpindah.
- Pesakit
haruslah menerima darah sejenis atau produk darah yang khusus untuk
jenisnya untuk mengurangkan kemungkinan tindak balas transfusi.
Risikonya boleh dikurangkan lagi dengan memadan darah, tetapi tidak perlu
memadan darah jika darah diperlukan untuk kecemasan. Pemadanan darah ini
adalah mencampurkan sampel serum penerima dengan sampel SDM penderma,
kemudian memastikan sama ada campuran itu beraglutinat, atau
bergumpal. Jika tiadanya gumpalan pada mata kasar, maka juruteknik tabung
darah perlu meneliti gumpalan melalui microskop. Jika
adanya gumpalan, maka darah penderma itu tidak boleh dipindahkan ke
penerima itu. Adalah penting untuk memastikan semua contoh darah dalam
tabung bank dikenal pasti dengan tepat, maka sistem kod bar yang
dipanggil ISBT 128 digunakan untuk menyelaraskan label-labelnya.
- Kumpulan
darahnya boleh dipakai pada tag pengenalan atau tatu yang
dipakai oleh anggota tentera, sekiranya mereka memerlukan pemindahan darah
kecemasan. Pada Perang Dunia Kedua, para anggota Waffen-SS
memakai cacah jenis darah.
- Jenis darah yang jarang boleh menimbulkan masalah bekalan untuk tabung darah dan hospital. Misalnya, darah Duffy-negatif lebih kerap didapati dalam orang-orang berketurunan Afrika, dan kejarangan darah jenis ini di kalangan masyarakat lain boleh mengakibatkan kekurangan darah Duffy-negatif untuk pesakit berketuruan Afrika. Begitu juga untuk yang berdarah RhD negatif, kerana adanya risiko yang dikaitkan dengan pelancongan ke tempat-tempat di mana darah RhD negatif jarang ditemui, khususnya Asia Timur, di mana mungkin ada perkhidmatan darah yang berusaha menggalakkan orang Barat untuk menderma darah.
Simptom-simptom utama tindak balas hemolitik
akut akibat salah padan jenis darah.
Penyakit
Hemolisis Bayi Baru Lahir
Seorang
wanita hamil boleh menghasilkana antibodi kumpulan
darah IgG jika janinnya ada antigen kumpulan darah yang
tidak dimilikinya. Ini boleh berlaku jika sesetengah sel darah janin memasuki
sistem peredaran darah ibu (cth. pendarahan fetomaternal kecil saat
kelahiran atau at the time of childbirth or celaha obstetrik), atau
kadang-kadang selepas pemindahan darah terapeutik. Ini boleh menyebabkan penyakit
Rh atau mana-mana bentuk penyakit hemolisis bayi baru lahir (hemolytic
disease of the newborn, HDN) dalam kehamilan semasa dan/atau kehamilan
seterusnya. Jika seseorang wanita hamil didapati mengandungi antibodi anti-D,
jenis darah Rh dalam janin boleh diuji secara analisis DNA janin dalam plasma
ibu untuk menilai risiko penyakit Rh kepada janin. Pada abad ke-20,
berjayanya kemajuan besar dalam bidang perubatan yang mana penyakit Rh boleh
dihindari dengan menghalang pembentukan antibodi anti-D oleh ibu berdarah D
negatif dengan suntikan globulin imun Rho(D). Antibodi-antibodi yang
dikaitkan dengan sesetengah kumpulan darah boleh mengakibatkan HDN parah,
tetapi yang lain punya hanya meninggalkan HDN ringan, dan ada lagi yang
langsung tidak menyebabkan HDN.
Keserasian
Produk darah
- Untuk memberikan manfaat terbaik
dari setiap dermaan darah serta memanjangkan hayat simpanan, tabung
darah memecahkan sejumlah darah penuh kepada beberapa produk.
Antara produk-produk darahnya termasuk SDM
padat, platelet, plasma, kriomendakan, dan plasma beku
segar (fresh frozen plasma, FFP). FFP disejuk beku cepat untuk
mengekalkan faktor-faktor pembekuan labil iaitu Faktor
V dan Faktor VIII, yang biasanya diberi kepada pesakit yang
mengalami masalah pembekuan yang boleh mengancam nyawa akibat
keadaan-keadaan seperti penyakit hati tenat, dos bahan
antigumpal berlebihan, atau penggumpalan intravasel tersebar.
- Unit-unit sel merah padat dibuat
dengan menanggalkan sebanyak mana plasma yang boleh dari unit-unit darah
penuh.
- Faktor pembekuan yang disintesiskan oleh kaedah-kaedah rekombinan moden kini dalam kegunaan klinikal rutin untuk merawat hemofilia, untuk mengelakkan risiko penyebaran jangkitan yang berlaku dengan produk darah yang terkumpul.
Keserasian
Sel Darah Merah
- Individu berjenis darah
AB mempunyai kedua-dua antigen A dan B di permukaan SDM-nya, dan serum darah yang tidak mengandungi
apa-apa antibodi yang melawan antigen A atau B. Oleh itu, individu
berdarah jenis AB boleh menerima darah dari mana-mana kumpulan darah
(tetapi AB diberi keutamaan), tetapi boleh menderma darah kepada penerima
berjenis AB sahaja.
- Individu berjenis darah
A mempunyai antigen A di permukaan SDM-nya, dan serum darah yang
mengandungi antibodi IgM yang melawan antigen B. Oleh itu,
individu berdarah jenis A boleh menerima darah dari penderma berdarah
jenis A atau O sahaja (tetapi A diberi keutamaan), serta boleh menderma
darah kepada penerima berjenis A atau AB.
- Individu berjenis darah
B mempunyai antigen B di permukaan SDM-nya, dan serum darah yang
mengandungi antibodi IgM yang melawan antigen A. Oleh itu, individu
berdarah jenis B boleh menerima darah dari penderma berdarah jenis B atau
O sahaja (tetapi B diberi keutamaan), serta boleh menderma darah kepada
penerima berjenis B atau AB.
- Individu berjenis darah O tiada antigen A atau B di permukaan SDM-nya tetapu serum darahnya mengandungi antibodi IgM anti-A dan anti-B yang melawan antigen-antigen A dan B. Oleh itu, individu berdarah jenis O boleh menerima darah dari penderma berjenis O sahaja, tetapi boleh menderma darah kepada kepada mana-mana kumpulan darah (A, B, O atau AB). Sekiranya ada sesiapa yang memerlukan pemindahan darah dalam kecemasan genting, dan masa yang diambil untuk memproseskan darah penerima mungkin mengambil masa terlalu lama, darah O negatif boleh digunakan.
Carta keserasian SDM
Selain menderma kepada golongan sama jenis
darah; penderma berjenis O boleh menderma kepada penerima berjenis A, B dan AB;
penderma berjenis A dan B boleh menderma kepada penerima berjenis AB.
Penerima
|
Penderma
|
|||||||
O−
|
O+
|
A−
|
A+
|
B−
|
B+
|
AB−
|
AB+
|
|
O−
|
X
|
|||||||
O+
|
X
|
X
|
||||||
A−
|
X
|
X
|
||||||
A+
|
X
|
X
|
X
|
X
|
||||
B−
|
X
|
X
|
||||||
B+
|
X
|
X
|
X
|
X
|
||||
AB−
|
X
|
X
|
X
|
X
|
||||
AB+
|
X
|
X
|
X
|
X
|
X
|
X
|
X
|
X
|
Perhatian
1. Menganggap ketiadaan antibodi luar biasa yang kuat dalam plasma penderma
1. Menganggap ketiadaan antibodi luar biasa yang kuat dalam plasma penderma
Penderma sejagat dan penerima sejagat
- Mengenai
pemindahan darah penuh atau sel darah merah padat, individu-individu
berdarah jenis O Rh D negatif dikenali sebagai penderma sejagat, manakala
individu-individu berdarah jenis AB Rh D positif pula dikenali sebagai
penerima sejagat; tetapi secara amnya, istilah-istilah "sejagat"
tersebut hanya benar setelah mengambil kira kemungkinan tindak balas
antibodi anti-A dan anti-B penerima kepada SDM yang dipindah masuk, dan
juga kemungkinan pemekaan kepada antigen Rh D. Yang terkecuali termasuk
individu-individu yang ada sistem antigen hh (juga dikenali
sebagai kumpulan darah Bombay) dan boleh menerima darah dengan selamat
dari penderma hh lain sahaja, kerana mereka membentuk antibodi yang
melawan bahan H.
- Penderma
darah yang mengandungi antibodi anti-A atau anti-B yang terlalu kuat, atau
mana-mana antibodi luar biasa dikecualikan dari pendermaan darah.
Kemungkinan tindak balas antibodi anti-A dan anti-B yang ada dalam darah
yang dipindahkan kepada SDM penerima tidak perlu dipertimbangkan, kerana
jumlah plasma berantibodi yang dipindahkan agak kecil.
- Contohnya:
dengan mengambil kira pemindahan darah jenis O Rh D negatif (darah
penderma sejagat) ke dalam penerima berdarah jenis A Rh D positif, tiada
apa-apa tindak balas imun antara antibodi anti-B penerima dan SDM yang
dipindahkan yang harus dirisaukan. Bagaimanapun, jumlah plasma yang kecil
dalam darah pindahan itu mengandungi antibodi anti-A yang boleh bertindak
balas dengan antigen A di permukaan SDM penerima, tetapi tindak balas
besar tidak diduga atas faktor-faktor pencarian, maka pemekaan Rh D tidak
dijangka.
- Begitu
juga, antigen-antigen permukaan SDM selain A, B dan Rh D, boleh
menyebabkan tindak balas dan pemekaan yang memudaratkan, jika
antigen-antigen tersebut boleh terikat pada antibodi-antibodi padanan
masing-masing untuk menjana tindak balas imun. Pemindahan darah dirumitkan
lagi kerana platelet dan sel darah putih (SDP)
mempunyai sistem antigen permukaan sendiri, serta pemekaan kepada antigen
platelet atau SDP boleh berlaku akibat pemindahan.
- Berkenaan
pemindahan plasma, situasinya adalah sebaliknya. Plasma jenis O yang
mengandungi kedua-dua antigen anti-A dan anti-B, hanya boleh diberi kepada
penerima berjenis O. Antibodi akan menyerang antigen mana-mana jenis darah
lain. Sebaliknya, plasma AB boleh diberi kepada pesakit dari mana-mana
kumpulan darah ABO kerana tiada antibodi anti-A atau anti-B.
Sejarah
Dua sistem kumpulan darah yang terpenting ditemui oleh Karl
Landsteiner ketika melakukan uji kaji pemindahan darah terawal, iaitu sistem
ABO pada tahun 1901, diikutisistem Rhesus (bersama Alexander S. Wiener) pada
tahun 1937. Perkembangan ujian Coombs pada tahun 1945, penciptaan ubat
transfusi, dan kefahaman penyakit hemolisis bayi baru lahir membawa kepada
penemuan kumpulan darah baru, dan kini terdapat 30 sistem kumpulan darah
manusia yang diiktiraf oleh Persatuan Pemindahan Darah Antarabangsa (ISBT), dan
dalam semua 30 kumpulan darah ini, terdapat lebih 600 antigen kumpulan darah
berlainan yang dikenalpasti, kebanyakannya jarang sekali ditemui atau tertumpu
pada kelompok etnik tertentu. Pengetahuan jenis darah digunakan dalam bidang
sains forensik dan ujian paterniti, tetapi kedua-dua kegunaan tersebut telah
digantikan oleh cetak jari genetik yang memberi lebih kepastian.
Source: Wikipedia
No comments:
Post a Comment