Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik
yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan
tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.Setiap hari
14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh
yang lain. Semua aktiviti yang ita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita
perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak
terbatas.
Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan
mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak
yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di
kawasan-kawasan saraf otak tersebut.apabila zikir itu berulang-ulang kali,
aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf
yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu otak menjadi aktif secara
kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza
dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi
begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati
untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap
subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember,
1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini
dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia
secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu
senarai benda. Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan
mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan
melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan
peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi
senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak
kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada
mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus
membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti
perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah
kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika
saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih
ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang
masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.
No comments:
Post a Comment