Bagi
mereka yang menjalankan aktiviti di tengah panas matahari, di sini ada beberapa
petua untuk mereka yang terkena "sunburn":
Lidah
buaya
Lendir
lidah buaya yang segar dari daunnya merupakan ubat yang paling mujarab untuk
menghilangkan kesan terbakar matahari. Potong daun lidah buaya dan sapu pada
tempat yang ada kesan terbakar. Ia akan melegakan kulit muka.
Timun
dan tomato
Ambil
hirisan timun atau tomato yang telah disejukkan dan letakkan pada kawasan yang
terkena panahan matahari. Astrigen semula jadi dalam jus kedua-dua jenis sayur
ini membantu meredakan kesakitan dan menghilangkan kesan kemerahan akibat kulit
yang terbakar.
Yogurt
Pastikan
jangan pula sapukan yogurt berperisa pada kulit. Ambil yogurt asli dan ratakan
pada kulit yang terkena panahan matahari. Biarkan beberapa ketika dan bilas
dengan air sejuk. Lap sehingga kering dengan perlahan-lahan.
Kentang
Ambil
sebiji kentang, di cuci bersih kemudian di kukus hingga empuk/lembut. Tak perlu
membuang kulit kentang tersebut. Selepas itu lenyek kentang sampai lumat dan
sapu pada kulit wajah yang terbakar. Pasti anda akan merasa nyaman dan segar.
No comments:
Post a Comment