BLOG HITS

Monday, April 28, 2014

RECIPE - DR EZANI MASTERCHEF

Puding Kurma

Red Velvet Ubi Bit

Bread and Butter Pudding

Tiramisu

Torte Coklat Badam

Vanilla Cupcakes

ACNE PROBLEM? WHAT THEY ARE TRYING TO TELL YOU?


1 & 2: Digestive System — Eat less processed or junk food, reduce the amount of fat in your diet, step up water intake and opt for cooling things like cucumbers.

3: Liver — Cut out the alcohol, greasy food and dairy. This is the zone where food allergies also show up first, so take a look at your ingredients. Besides all this, do 30 minutes of light exercise every day and get adequate sleep so your liver can rest.

4 & 5: Kidneys — Anything around the eyes (including dark circles) point to dehydration. Drink up!

6: Heart — Check your blood pressure and Vitamin B levels. Decrease the intake of spicy or pungent food, cut down on meat and get more fresh air. Besides this, look into ways to lower cholesterol, like replacing “bad fats” with “good fats” such as Omegas 3 and 6 found in nuts, avocados, fish and flax seed. Also, since this area is chock-full of dilated pores, check that your makeup is not past its expiry date or is skin-clogging.

7 & 8: Kidneys — Again, drink up! And cut down on aerated drinks, coffee and alcohol as these will cause further dehydration.

9 & 10: Respiratory system — Do you smoke? Have allergies? This is your problem area for both. If neither of these is the issue, don’t let your body overheat, eat more cooling foods, cut down on sugar and get more fresh air. Also keep the body more alkaline by avoiding foods that make the body acidic (meat, dairy, alcohol, caffeine, sugar) and adding more alkalizing foods like green veggies and wheat grass juice. Another thing that most of forget – dirty cell phones and pillow cases are two of the top acne culprits and this area is what they affect the most!

11 & 12: Hormones — This is the signature zone for stress and hormonal changes. And while both are sometimes unavoidable, you can decrease their effect by getting adequate sleep, drinking enough water, eating leafy veggies and keeping skin scrupulously clean. Another interesting point: breakouts in this area indicate when you are ovulating (and on which side).

13: Stomach — Step up the fibre intake, reduce the toxin overload and drink herbal teas to help with digestion.

14: Illness — Zits here can be a sign that your body is fighting bacteria to avoid illness. Give it a break, take a yoga class, take a nap, take time to breathe deeply, drink plenty of water and know that everything always works out.

Friday, April 25, 2014

TIPS MAGGI


Mulakan hari yang ceria dengan sarapan berkhasiat seperti telur. Jom ikuti langkah-langkah mudah dan cepat menyediakannya. Telur mempunyai sumber vitamin dan protein yang baik untuk membina dan memperbaiki tisu badan.

Halia adalah bahan utama dalam masakan cina. Agak sukar untuk membuang kulit halia kerana permukaannya yang tidak rata. Cara mudah adalah dengan mengikis kulit halia dengan menggunakan sudu. Dengan cara ini, kita dapat membuang kulit dengan mudah dan mengurangkan pembaziran.

Colours spice up our life; they also spice up food with health benefits. Always remember to include food of various colours for a well-balanced diet.

Did you know that you can get 3 times the amount of juice from a lemon if you cut it lengthwise instead of crosswise?

If you’ve accidentally added too much seasoning into your soup (which we all do sometimes) and it’s saltier than you like - don't throw it out. You can fix it with a large potato. Peel it and cut it into half, then add it to your soup. The potato will soak up the extra salt.

Cucumbers are 95% water. Many people add cucumber juice to their diets to improve the quality of their skin, nails, and hair, and when consumed regularly, the drink can help treat high blood pressure and kidney stones.

Get children in the habit of eating fruits, and here’s one way you can do so to make it fun! Besides, oranges are great for fighting against viral infections, relieving constipation plus improving vision, protecting your skin and regulating high blood pressure. Now, orange you glad we told you?

There are only three knives that are crucial in a kitchen: a chef's knife, a paring knife and a serrated knife:
  1. A chef's knife (sometimes called a cook's knife) is the most important knife to have in your kitchen. It has a wide blade between six and ten inches long and is used primarily for chopping, though it can be used for anything you want to do. 
  2. A paring knife looks like a miniature chef's knife, with a blade ranging from two to four inches long. It's good for delicate tasks where a larger blade would get in the way. Paring knives are ideal for peeling onions, coring tomatoes or trimming vegetables.
  3. A serrated knife is used for bread, tomatoes and even meat. Serrated knives are most useful on foods that have one texture on the outside and another inside, like a hard-crusted bread or a tomato.
There are many benefits when one uses garlic for their food. The smaller you cut it, the stronger the flavor. Chopping finely and/or pressing a clove expose more surfaces to the air, causing a chemical reaction to produce that strong aroma and potent flavour. 


Cooking Rice Tips - Want to avoid having your rice sticking together? Try soaking them in water for about 10 minutes after washing. Then, add a teaspoon of oil when cooking to have it separated when it’s done! Neat trick, eh?

Tahukah anda ia baik untuk kesihatan jantung? Vitamin A dan C bersama dengan bioflavinoids yang terkandung dalam cili boleh menguatkan saluran darah, merendahkan kolesterol, dan mengurangkan jumlah fibrin dalam darah.


Enggan mengupas bawang putih kerana kesan bau yang ditinggalkan pada tangan anda? Cubalah gosok tangan anda pada mangkuk atau perkakas keluli untuk menyingkirkan baunya.


Jika anda kurang pasti tentang kesegaran telur, lihat bagaimana ia bertindak dalam air. Telur segar akan tenggelam, yang rosak akan terapung.


Celurkan sayur dalam air yang mendidih dalam tempoh singkat dan kemudian pindahkan ke dalam air sejuk untuk membiarkan sayur berhenti masak. Teknik ini akan mencerahkan warna sayur, terutamanya brokoli dan sayuran hijau yang lain selain melambatkan kehilangan nutrien.

Sebelum memerapkan ayam dengan bahan-bahan resepi anda, gaulkannya dengan garam dan simpan di dalam peti-sejuk selama satu hari. Kulit ayam akan menjadi kering dan lebih rangup setelah dipanggang. 

SERANGGA PALING CANTIK DI DUNIA

TIPS MAKEUP





Facebook: NA Cosmetics

FAVOURITE BOOK

Al-Quran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida’ Bertajwid
Nama Penyusun : Prof Madya Dr Hj Abd Raof Tan Sri Hj Hassan
Harga: RM95.00
Kod Produk: TBAQ 1003
Barcode: 9555-056-300-297
Saiz: 16.5 cm X 24.0 cm
Mukasurat: 624 ms
Tarikh produk berada di pasaran: Julai 2013

Al-Quran Al-Karim dengan Panduan Wakaf & Ibtida’ beserta hukum tajwid yang menggabungkan 2 elemen penting iaitu hukum tajwid dan wakf ibtida’(memberhentikan dan memulakan bacaan). Keistimewaan Al-Quran ini adalah ia menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca Al-Quran  memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. Memudahkan para pembaca untuk mengenalpasti hukum hakam bacaan Al-Quran, malah ia juga dapat meminimumkan kesilapan bacaan hukum tajwid serta kesilapan dalam memberhentikan dan memulakan bacaan pada pertengahan ayat yang panjang. Al-Quran ini juga sesuai untuk dijadikan permulaan untuk mengenali dan mempelajari hukum tajwid. Didatangkan dengan 4 warna untuk pilihan pengguna iaitu ungu, kuning, hijau dan turquoise.

Allah Doktorku
Nama Penulis: Mukhlas Asy-Syarkani Al-Falahi
Harga: RM32.00
Kod Produk: TBBK 1265
ISBN: 978-967-388-128-4
Saiz: 16.5 cm X 24 cm
Mukasurat: 328 ms
Tarikh produk berada di pasaran: Julai 2013

Kesihatan yang terjamin dan kehidupan yang selesa adalah sebahagian tuntutan kehidupan manusia. Dalam episod kehidupan dunia, sakit merupakan salah satu babak kehidupan yang datang daripada Pencipta Yang Maha Bijaksana sebagai ujian dan dugaan. Manusia akan berusaha untuk sembuh dan hakikat penyembuhan yang sebenarnya adalah daripada Allah SWT kerana Allah bersifat asy-Syafi. Pelbagai pendedahan mengenai kaedah perubatan warisan Islam melalui buku “Allah Doktorku, Wahyu Ubat Penyakitku”. Buku ini sangat wajar dimiliki kerana Menekankan penyembuhan penyakit luaran dan dalaman, jasmani dan rohani. Membantu masyarakat mengamalkan perubatan Islam dengan panduan al-Quran dan hadis. Sarat dengan doa dan petua bagi penyembuhan penyakit. Memberikan penghayatan dan motivasi agar turut merawat iman di dalam hati.

Quran Saintifik Edisi Kemas Kini
  • Sains dan Islam memang tidak dapat dipisahkan. Hal ini disebabkan umat Islam disuruh Allah untuk mengkaji rahsia alam semesta secara sistematik. Dalam surah Al-Ghasyiah ayat 17 hingga 20, Allah menyatakan yang bermaksud, “Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan.”
  • Malah lebih daripada itu, Allah memuliakan golongan yang suka mengkaji alam dan menggelar mereka sebagai ulul albab, golongan yang menggunakan akal dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul. Rangsangan daripada ayat-ayat ini dan yang seumpamanya berjaya melahirkan ramai saintis daripada kalangan umat Islam. Malah sains moden tidak akan berkembang tanpa saintis-saintis beragama Islam ini.
  • Quran Saintifik Edisi Kemas Kini menghidangkan kepada pembaca tentang keagungan Tuhan dan kehebatan mukjizat Al-Quran melalui kacamata Islam dan sains.  Buku ini juga membahaskan secara terperinci penemuan-penemuan saintifik yang terkini serta fenomena-fenomena sains yang membenarkan Al-Quran.
Contoh Bab: Quran dan Teori Kejadian Alam
  • Alam semesta mempunyai permulaannya. Dalam surah Al-Anbiya’ ayat 30 Allah berkata, “Apakah orang-orang kafir itu tidak melihat langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (ratqa) kemudian kami pisahkan antara keduanya (fataq). Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup.”
  • Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama, mengenai asal usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara kedua-duanya. Kedua, ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala hidupan. Tanpanya hidupan tidak akan wujud sama sekali.
  • Terdapat dua perkataan dalam ayat ini yang perlu diberikan fokus, iaitu, ratqa dan fataq. Ratqa berasal daripada perkataan Arab rataqa yang bermaksud patch upsew up iaitu ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup.
  • Fataq pula berasal daripada bahasa Arab fataqa yang bermaksud unsewunstitchrip opentear apart iaitu dibuka, dibelah dan dikoyak. Ia melambangkan sesuatu yang terbuka, terungkai dan mengembang.
  • Berhubung dengan ayat ini, Imam Said bin Jubair berkata, “Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan Allah dalam ayat ini.”
  • Tafsiran oleh Imam Said bin Jubair ini yang dinyatakan lebih daripada 1,000 tahun dahulu mengagumkan. Berhubung dengan tafsiran ini, Syeikh Said Hawa berkata dalam Al-Asas fi Al-Tafsir, “Tafsiran yang dibuat, sebagai contohnya oleh Imam Said bin Jubair, menceritakan mengenai sesuatu yang tidak diketahui melainkan baru-baru ini.” Hal ini disebabkan kenyataan ini memang selari dengan penemuan sains pada hari ini berhubung kejadian alam semesta.

Source:

KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang ita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu otak menjadi aktif secara kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda. Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.

ZIKIR HARIAN


10 SEBAB DOA TIDAK DIMAKBULKAN

Dari Syaqiq Al Balkhi berkata: "Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya: "Ya Abu Ishaq, Allah berfirman; bermaksud "mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan. Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan!”

Ibrahim bin Adham menjawab: "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".
  1. Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
  2. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
  3. Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
  4. Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunahnya.
  5. Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke syurga.
  6. Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
  7. Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.
  8. Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
  9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
  10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.

DARI HAWA UNTUK ADAM

Jadilah seorang lelaki
Yang beriman
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Jadilah seorang lelaki
Yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Jadilah seorang lelaki
Yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Jadilah seorang lelaki
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Jadilah seorang lelaki
Yang tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran
Suaranya lesu kerana penat berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya Subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan

Jadilah seorang lelaki
Yang sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Jadilah seorang lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga Allah

DOA SEORANG ISTERI

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

PETUA KESIHATAN DAN KECANTIKAN

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk). Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. 

Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut
Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yg masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut.

Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut
1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.
2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut.
1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2biji sekali makan. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.
2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sirih muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas daun sirih muda tersebut dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka
Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisar hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak bijan dan kemudian kukus. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun.

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.. Bancuh bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan
1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda
1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi SAW. Niat dalam hati untuk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Menghaluskan Kulit Muka
Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melalui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.