1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar
mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis
tersebut.
- Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan
mayat?”
- Jawab mereka, ”Tidak”
- Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak
perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah
dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum
orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah
akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).
5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh
ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api
neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah
akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan
memadamkan seratus perbuatan jahat.”
7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang
dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di
hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan
kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya
ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi
pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut
anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu,
Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan
memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan
berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan
rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan
memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya
sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada
taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan
selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu
masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun
lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari
dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya
dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di
akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya
iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan
dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat
perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau
memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia
mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau
dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
No comments:
Post a Comment