BLOG HITS

Sunday, February 24, 2013

RAWAT MATA


Tips kesihatan dari Ustaz Sharhan cara nak rawat sakit mata. Doa-doa yang dibaca ialah:
1. Surah Al-Fatihah 1x
2. Ayat Kursi 1x
3. Selawat Syifa' 7x
4. Baca doa di bawah 7x di dalam jus lobak merah yang tidak mengandungi bahan asing seperti gula dan susu serta air batu :
".............maka Kami hapuskan kelalaian Yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan Dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".

Petua menjaga kesihatan mata:
1. Setiap kali mandi atau berwudhu (bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit.

2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. InsyaAllah mujarab.

3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga, caranya:
  • Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali.
  • Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
  • Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan dan merehatkan mata anda.

4. Amalkan makan makanan yang kaya dgn vitamin A dan C seperti susu, sayur (terutama carrot dan brokoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya.

5. Elakkan melihat benda-benda yang tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yang boleh merosakkan mata dan minda anda.

No comments:

Post a Comment