Doa-doa yang makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak
memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda doa yang makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.
Cara-cara berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah
bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh
semasa ia berdoa".
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana
Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta
yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik dan menerima melainkan yang baik
belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat,
memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan
doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai
dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah S.A.W
dan para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (Al-Fatihah dan
sebagainya).
No comments:
Post a Comment