BLOG HITS

Saturday, February 23, 2013

AMALAN KE TANDAS

1. Beberapa langkah sebelum masuk tandas haruslah baca doa:
''Allhumma inni a'uzubika minalkhubthi wal khabaa 'ith'', ertinya Sahaja aku berlindung dengan Allah dari syaitan jantan dan syaitan betina.

2. Masuk dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan, seeloknya dengan berselipar.

3. Hendaklah menutup kepala supaya syaitan tidak melumurkan najis pada kita-akibatnya tidak khusyuk dalam solat.

4. Jangan bercakap-cakap ketika menunaikan hajat.

5. Jangan menjawab salam, sebut nama Allah SWT, selawat atau baca ayat Quran.

6. Pastikan tak terbawa ayat Quran atau nama Allah SWT ke dalam tandas.

7. Duduk hendaklah diberatkan sebelah kiri, tidak menghadap atau membelakangkan kiblat sewaktu tunaikan hajat.

8. Jangan melihat najis, ini akan menghilangkan Nur di muka.

9. Disunatkan beristibra' (berdehem) 3x selepas buang air kecil supaya sisa kencing tidak tertinggal.

10. Beristinja dengan menggunakan air, yang afdhalnya menggunakan benda yang kesat lagi suci dahulu kemudian disusuli oleh air.

11. Setelah keluar dari tandas, bacalah doa:
'Ghufra naka Alhamdulillahillazi azhaba 'ani 'aza wa 'aafaanii', ertinya Aku memohon keampunan. Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kekotoran dariku dan menyihatkan aku.

No comments:

Post a Comment