BLOG HITS

Sunday, February 24, 2013

RASULULLAH SAW


Biodata:
  • Nama: muhammad bin 'abdullah bin 'abdul muttalib bin hashim
  • Tarikh lahir: subuh isnin, 12 rabiulawal / 20 april 571m (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah abrahah yang menyerang kota ka'abah) 
  • Tempat lahir: di rumah abu talib, makkah al-mukarramah.
  • Nama bapa: 'abdullah bin 'abdul muttalib bin hashim
  • Nama ibu: aminah binti wahab bin 'abdul manaf
  • Pengasuh pertama: barakah al-habsyiyyah (digelar ummu aiman. Hamba perempuan bapa rasulullah saw)
  • Ibu susu pertama: thuwaibah (hamba perempuan abu lahab)
  • Ibu susu kedua: halimah binti abu zuaib as-sa'diah (lebih dikenali halimah as-sa'diah. Suaminya bernama abu kabsyah)
Usia 5 tahun:
  • Peristiwa pembelahan dada rasulullah saw yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
Usia 6 tahun:
  • Ibunya aminah binti wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di al-abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara mekah dan madinah)
  • Baginda dipelihara oleh ummu aiman (hamba perempuan bapa rasulullah saw) dan dibiayai oleh datuknya 'abdul muttalib.
Usia 8 tahun:
  • Datuknya, 'abdul muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, abu talib.
Usia 9 tahun (setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun):
  • Bersama bapa saudaranya, abu talib bermusafir ke syam atas urusan perniagaan.
  • Di kota busra, negeri syam, seorang pendita nasrani bernama bahira (buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa arab yang akan lahir pada masa itu.
Usia 20 tahun:
  • Terlibat dalam peperangan fijar. Ibnu hisyam di dalam kitab 'sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia muhammad saw ialah 14 atau 15 tahun. 
  • Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ' perjanjian al-fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di mekah.
Usia 25 tahun:
  • Bermusafir kali kedua ke syam atas urusan perniagaan barangan khadijah binti khuwailid al-asadiyah.
  • Perjalanan ke syam ditemani oleh maisarah; lelaki suruhan khadijah..
  • Baginda saw bersama-sama abu talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa amru bin asad (bapa saudara khadijah) untuk meminang khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
Usia 35 tahun:
  • Banjir besar melanda mekah dan meruntuhkan dinding ka'abah.
  • Pembinaan semula ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk mekah.
  • Rasulullah saw diberi kemuliaan untuk meletakkan 'hajarul-aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
Usia 40 tahun:
  • Menerima wahyu di gua hira' sebagai perlantikan menjadi nabi dan rasul akhir zaman.
Usia 53 tahun:
  • Berhijrah ke madinah al-munawwarah dengan ditemani oleh saidina abu bakar al-siddiq.
  • Sampai ke madinah pada tanggal 12 rabiulawal/24 september 622m.
Usia 63 tahun:
  • Kewafatan rasulullah saw di madinah al-munawwarah pada hari isnin, 12 rabiulawal tahun 11h/8 jun 632m.

No comments:

Post a Comment