BLOG HITS

Sunday, February 24, 2013

RASULULLAH SAW


Biodata:
  • Nama: muhammad bin 'abdullah bin 'abdul muttalib bin hashim
  • Tarikh lahir: subuh isnin, 12 rabiulawal / 20 april 571m (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah abrahah yang menyerang kota ka'abah) 
  • Tempat lahir: di rumah abu talib, makkah al-mukarramah.
  • Nama bapa: 'abdullah bin 'abdul muttalib bin hashim
  • Nama ibu: aminah binti wahab bin 'abdul manaf
  • Pengasuh pertama: barakah al-habsyiyyah (digelar ummu aiman. Hamba perempuan bapa rasulullah saw)
  • Ibu susu pertama: thuwaibah (hamba perempuan abu lahab)
  • Ibu susu kedua: halimah binti abu zuaib as-sa'diah (lebih dikenali halimah as-sa'diah. Suaminya bernama abu kabsyah)
Usia 5 tahun:
  • Peristiwa pembelahan dada rasulullah saw yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
Usia 6 tahun:
  • Ibunya aminah binti wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di al-abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara mekah dan madinah)
  • Baginda dipelihara oleh ummu aiman (hamba perempuan bapa rasulullah saw) dan dibiayai oleh datuknya 'abdul muttalib.
Usia 8 tahun:
  • Datuknya, 'abdul muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, abu talib.
Usia 9 tahun (setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun):
  • Bersama bapa saudaranya, abu talib bermusafir ke syam atas urusan perniagaan.
  • Di kota busra, negeri syam, seorang pendita nasrani bernama bahira (buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa arab yang akan lahir pada masa itu.
Usia 20 tahun:
  • Terlibat dalam peperangan fijar. Ibnu hisyam di dalam kitab 'sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia muhammad saw ialah 14 atau 15 tahun. 
  • Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ' perjanjian al-fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di mekah.
Usia 25 tahun:
  • Bermusafir kali kedua ke syam atas urusan perniagaan barangan khadijah binti khuwailid al-asadiyah.
  • Perjalanan ke syam ditemani oleh maisarah; lelaki suruhan khadijah..
  • Baginda saw bersama-sama abu talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa amru bin asad (bapa saudara khadijah) untuk meminang khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
Usia 35 tahun:
  • Banjir besar melanda mekah dan meruntuhkan dinding ka'abah.
  • Pembinaan semula ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk mekah.
  • Rasulullah saw diberi kemuliaan untuk meletakkan 'hajarul-aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
Usia 40 tahun:
  • Menerima wahyu di gua hira' sebagai perlantikan menjadi nabi dan rasul akhir zaman.
Usia 53 tahun:
  • Berhijrah ke madinah al-munawwarah dengan ditemani oleh saidina abu bakar al-siddiq.
  • Sampai ke madinah pada tanggal 12 rabiulawal/24 september 622m.
Usia 63 tahun:
  • Kewafatan rasulullah saw di madinah al-munawwarah pada hari isnin, 12 rabiulawal tahun 11h/8 jun 632m.

DOA ANAK CERDIK DAN PANDAI


Saturday, February 23, 2013

KAD SISWA



Buku dan Alatan Tulis:
  • MPH Bookstores
  • Imlaq Book Centre
  • BORDERS
  • RONA
  • Kiang Trading
  • Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
  • Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
  • Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
Kelengkapan Sukan/Peralatan/Pakaian:
  • Bata
  • iFamily
  • Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad 
  • Texline Lino
Klinik/Optometri/Cermin Mata:
  • Poliklinik An-Nisa'
  • Qualitas Health
  • Focus Point
  • Menara Optometry
Makanan dan Minuman:
  • KFC
  • Daily Fresh
  • A&W
  • Coffee Berry
  • The Chicken Rice Shop
  • Restoran Kenny Crab
  • Sweet Chat
  • Legend's Claypot Bariyani House
  • Dubu Dubu Seoul Food
  • My Java Coffee
  • Pancake House International
  • Station One Cafe
  • Gloria Jean's Coffee
  • Bangi Kopitiam
Hotel dan Penginapan:
  • Ancasa Hotels & Resorts
  • Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
  • Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
  • Jerejak Rainforest Resort Penang
  • Ancasa Express Pudu
  • Tune Hotel
  • Leo Express Hotel
  • Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
  • Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
  • Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
  • Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
  • Rakyat Travel SDN BHD
Saloon/Produk dan Pusat Kecantikan:
  • Foot Master
  • Paris Hill
  • Proactiv
  • Clara
  • Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad
Produk IT:
  • Koperasi Celcom Berhad
  • Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad
Lain-Lain:
  • BKZ Bikerz (Motosikal)
  • Roller Star Arena (Kasut Roda)
  • Double Site (Helmet / Aksesori Motor)
  • Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
  • Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
  • MYDIN

TERENGGANU DARUL IMAN



Bendera Terengganu

Jata Terengganu
Lagu Terengganu:
Allah daulatkan tuanku sultan
Terengganu Darul Iman
Allah rahmatkan tuanku sultan
Sejahtera Sepanjang Zaman
Allah peliharakan tuanku sultan
Memerintah rakyat aman
Bahasa Terengganu 

Simbol Terengganu (Penyu)
  • Negeri Terengganu Darul Iman terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
  • Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang.
  • Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2.
  • Bandar-bandar utama di Terengganu adalah Bandar Kuala Terengganu (ibu negeri), Chukai, Dungun dan Jerteh.



Loghat Terengganu merupakan salah satu loghat yang unik di Malaysia. Terkenal dengan sebutan yang mempunyai penekanan terhadap huruf “G” pada kebanyakan perkataan. Perkataan ikan akan di sebut sebagai ‘ikang’, makan di sebut ‘makang’ dan pelbagai lagi. Loghat Terengganu juga mempunyai suku kata yang sering memperkuatkan lagi perkataan yang sebelumnya. Didalam bahasa arab ianya di sebut sebagai taukid atau dengan maksud sebagai kata penegasan yang memberikan penekanan akan sesuatu yang ingin disampaikan dan menghilangkan keraguan pendengar. Contohnya perkataan “pahit lepang“ yang bermaksud kepahitan yang teramat sangat.

Dibawah ini saya sertakan serba sedikit tentang perkataan-perkataan dalam loghat Terengganu sebagai panduan:
  • Guaner Gamok = apa khabar
  • anguh letong = sangat hangus
  • air tuak = air nira
  • air chor = air basuhan bertakung dari dapur
  • bata golek = boaster/bantal peluk
  • boloq woq = serabut
  • bak = ayah
  • boyak = beritahu
  • bollok = penuh sesak
  • bahang = pukul
  • bapok gong = sangat besar
  • beghak nanang = sangat berat
  • bluahh = comot
  • beratah = banyak
  • bising bangor = sangat bising
  • busuk kohong = sangat busuk
  • ba-bay = degil
  • bewok = biawak
  • baruh = sawah
  • berahi = suka
  • bekeng = garang/bengis
  • bojjeng = gunting rambut/menyikat rambut
  • culah = degil
  • cong = tipu/bohong
  • cetong = tin susu
  • comel lote = comel yg amat
  • colok = mancis, gesek (Kelantan)
  • dokdang = tak sempat
  • doktong = suka merayau-rayau
  • dok = bukan
  • dudok cacang = berdiri
  • dok oh lalu = keterlaluan
  • dok rok meppeh = tak larat
  • dok tahu starang baroh = tak tahu lansung
  • dok dulli = tak hirau
  • decung = sangat laju
  • denir pey = sangat becak berlumpur
  • derohong = bunyi bising yang kuat
  • dek pong = sebabnya/kerananya
  • dinung = disana
  • dok seker = tanpa disangka
  • dhoket = tercacak
  • embeng = banyak
  • gege = bising
  • gong = sombong, tanah tinggi, gong
  • guling bating = jatuh bergolek
  • gelap guguk = gelap gelita
  • gogeh = bergoyang
  • gharik = maghrib
  • gohek = pandu
  • gustang = undur
  • getok = jambatan
  • ikang aye = ikan tongkol
  • ikang kerah ekor = ikan cencaru
  • igak = tangkap
  • jeretoh = tidur
  • jelira = menyerap/meresapi
  • jangok = berhias diri
  • jenuh = puas
  • jabir/supik/plastik ghok-ghak = plastic bag
  • joong = mendung/redup
  • lebong = tipu
  • kedarah = makan dgn pelahap (bahasa kasar ketika marah)
  • kelepek = curi e.g basikal aku kena kelepek
  • koman spanar = tidak berwibawa
  • kalu = jikalau
  • kupik = kedekut
  • Kekgi = sebentar lagi
  • Khabor = beritahu
  • katok = pukul
  • kohor-kohor = perlahan-lahan
  • kerah ketong = sangat keras
  • letihsang = sangat letih
  • lugar = perut kosong rasa sebu.
  • musing ligat = berpusing-pusing
  • musing ketang = tercari-cari merata-rata
  • manih leting = sangat manis
  • meceh = pemetik api
  • nakuk paik = penakut yg amat
  • noneng = bergayut
  • nusuk = sembunyi
  • neting = melompat
  • nyekik = menyampah
  • nyeh-nyeh = mengada-ngada
  • nisang = gula melaka
  • nebeng ngoh = ter over
  • nyaknyer = kesian
  • panas dering = hari tersangat panas
  • panahsang = panas yg teramat sangat
  • piyer = siapa
  • punoh jahnan = rosak
  • peteh = sekat kaki dgn kaki agar jatuh
  • pender = apa benda/apa hal
  • puahsang = boring
  • pelawok = tipu/bohong
  • pitih = wang
  • ranggoh = makan dgn pelahap (bahasa kasar)
  • rhobok = almari
  • saing = kawan
  • sokmo = banyak kali
  • senyak tupih = senyap sunyi
  • seriaw = seram
  • skodeng = mengendap
  • 324. srupe tule/supatula = serupe je
  • sakning = baru kejap
  • susuk = sembunyi
  • samah = 50 sen e.g tiga amas, pat amah (RM1.50, RM2.00)
  • tembor = melarikan diri
  • tebheng = berusaha sunguh-sunguh
  • tohok = buang
  • tubik = keluar
  • tak emboh = tidak mahu
  • tang = pukul
  • tagor = baling
  • tibang = pukul
  • udoh sepang = hodoh
  • ubi steler = ubi keledek
  • ujang serek = hujan berhenti
  • woh ulu = bahulu

15 ANUGERAH ALLAH BERI KEPADA WANITA

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. 
  • Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” 
  • Jawab mereka, ”Tidak” 
  • Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

8 SURAH DENGAN 8 KELEBIHAN

1. Surah Al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan.

2. Surah Maryam - Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

3. Surah Luqman - Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa.

4. Surah Yusuf - Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.

5. Surah Hujurat - Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

6. Surah Yasin - Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

7. Surah At -Taubah - Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat.

8. Surah An-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

AMALAN KE TANDAS

1. Beberapa langkah sebelum masuk tandas haruslah baca doa:
''Allhumma inni a'uzubika minalkhubthi wal khabaa 'ith'', ertinya Sahaja aku berlindung dengan Allah dari syaitan jantan dan syaitan betina.

2. Masuk dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan, seeloknya dengan berselipar.

3. Hendaklah menutup kepala supaya syaitan tidak melumurkan najis pada kita-akibatnya tidak khusyuk dalam solat.

4. Jangan bercakap-cakap ketika menunaikan hajat.

5. Jangan menjawab salam, sebut nama Allah SWT, selawat atau baca ayat Quran.

6. Pastikan tak terbawa ayat Quran atau nama Allah SWT ke dalam tandas.

7. Duduk hendaklah diberatkan sebelah kiri, tidak menghadap atau membelakangkan kiblat sewaktu tunaikan hajat.

8. Jangan melihat najis, ini akan menghilangkan Nur di muka.

9. Disunatkan beristibra' (berdehem) 3x selepas buang air kecil supaya sisa kencing tidak tertinggal.

10. Beristinja dengan menggunakan air, yang afdhalnya menggunakan benda yang kesat lagi suci dahulu kemudian disusuli oleh air.

11. Setelah keluar dari tandas, bacalah doa:
'Ghufra naka Alhamdulillahillazi azhaba 'ani 'aza wa 'aafaanii', ertinya Aku memohon keampunan. Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kekotoran dariku dan menyihatkan aku.

ASMA UL-HUSNA

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat"

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.

1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik  - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min  - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Ma! ha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar