BLOG HITS

Tuesday, September 17, 2013

RESEPI PANTAI TIMUR

Tom Yam
Bahan-bahan: (3-4 orang)
  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar pes tom yam
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 3-4 cawan air
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
  • Sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  • Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
  • Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  • Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
  • Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
  • Akhir sekali masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
  • Tom yam yang enak harus pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.

Paprik
Bahan-bahan: (4 orang)
  • ½ ekor ayam - dipotong kecil-kecil
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • Bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • Bahan-bahan perasa
Cara-cara:
  • Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak-agak sampai masak, jangan terlalu garing).
  • Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili yang ditumbuk, kacau sekejap.
  • Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  • Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. Semasa menghidang, perahkan limau kasturi. 

Udang Masak Lemak Cili Padi
Bahan-bahan: (6 orang)
  • 1/2 kg udang saiz sederhana (dibuang kepala)
  • 2 biji santan
  • 15 ulas cili padi (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • Serbuk kunyit
  • 6 batang kacang panjang
  • Asam keping
  • Garam
Cara-cara:
  • Campurkan santan, cili padi, bawang putih, bwg merah, serai dan serbuk kunyit di dalam periuk. Kemudian baru dihidupkan api dan gaul perlahan-lahan supaya tidak pecah minyak.
  • Agak-agak dalam 5 minit, masukkan pula kacang panjang, asam keping dan garam. Kacau perlahan-lahan sehingga sedikit mengelegak kemudian masukkan udang. Kacau perlahan-lahan sehingga udang masak.
  • Sedikit makluman, serbuk kunyit boleh digantikan dengan kunyit hidup. Sayur kacang panjang juga boleh digantikan dengen tomato, kacang buncis, terung atau belimbing. Bergantung kepada citarasa anda. 

Kerabu Sotong
Bahan-bahan:
  • 1/2 kg sotong, dibersihkan, potongkan anggaran 1 inci tebal dan direbus dengan sedikit air dan garam. Letakkan beberapa potongan kecil halis, untuk menghilang bau hanyir
  • 1 labu bawang besar di mayang
  • 1 cawan taugeh di buangkan ekornya
  • 1 ikat ( 50 sen) kacang botol di potong 1/2 inci panjang
  • 1/2 biji kelapa goreng
  • 4 biji lada merah dan sebesar ibu jari belacan ditumbuk bersama sedikit gula dan garam. Kalau nak pedas, boleh campurkan dengan sedikit cili api
  • 1 biji limau nipis, diambil airnya.
Cara-cara:
  • Apabila sotong sudah masak, angkat dan toskan.
  • Campurkan semua bahan-bahan diatas. Letakkan sedikit garam dan gula.
  • Perahkan air limau nipis dan gaul rata. Masam manis tu, kita agak-agak la.
  • Sebenarnya untuk kerabu ni, kita boleh letak bermacam-macam jenis sayuran yang boleh dibuat ulam. Kalau nak letakkan kacang panjang pun boleh.
  • kalau tak ada kacang botol, nak parutkan mangga muda pun boleh. 
  • Kalau nak letakkan kacang tumbuk untuk nak lemakkan pun boleh. Ikut citarasa anda.

Kerabu Perut
Bahan-bahan:
  • 100 gm kacang panjang (dipotong 3cm)
  • 200 gm tauge
  • 500 gm perut lembu
  • ½ biji kelapa(buat kerisik)
  • 3 batang serai
  • 2 sudu besar udang kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 labu bawang besar
  • 20 tangkai cili padi
  • 2 tangkai cili merah
  • 2 biji limau nipis
Cara-cara:
  • Perut lembu dibersihkan, direbus dan dipotong memanjang dan kecil-kecil. 
  • Tauge dan kacang panjang dicelur. 
  • Kelapa diparut dan digoreng untuk dijadikan kerisik. 
  • Bawang putih dan merah, serai, udang kering dan cili padi ditumbuk hingga halus.
  • Campurkan semua bahan yang telah ditumbuk dengan kerisik. 
  • Tambahkan perut lembu, kacang panjang dan tauge. 
  • Perahkan limau nipis, tambahkan garam dan gula, gaul hingga kesemua bahan sama rata. 
  • Kemudian taburkan bawang besar dan cili merah hiris di atasnya.

Nasi Dagang
Bahan-bahan (A):
  • Bawang merah - 2 senduk
  • Bawang Puteh - 2 sudu
  • Halia - 2 sudu
  • Lengkuas  - 2 sudu
  • Rempah gulai
  • Rempah Nasi Dagang separuh - 1/3
  • Santan - 3 biji
  • Lada giling/cili boh 1kg
  • Lada jarum
Bahan-bahan (B):
  • Ikan kukus dengan garam dan asam keping
  • Air rebusan simpan untuk kuah
Cara-cara:
  • Masak santan sampai pecah minyak
  • Masuk cili boh
  • Masuk bahan kisar (Bahan A)
  • Masukkan air (air rebusan ikan)
  • Masukkan nisan 1 keping, ajinomoto dan cili padi
Bahan untuk nasi - beras Siam + beras pulut ½ kg:
  • Beras 1 gantang di rendam lebih daripada 8-10jam
  • 3 biji santan (anggaran 1 gayung mandi)
  • Garam kasar 1 genggam + 1 senduk gula (untuk santan pekat)
  • Halba + halia + bawang merah (di mayang)
Cara-cara:
  • Kukus nasi dalam ½ jam
  • Keluarkan, siram dengan santan cair 2 kole/gayung
  • Kukus balik sampai masak
  • Keluarkan balik, siram dengan santan pekat
  • Masuk halia, halba dan bawang
Untuk siram santan:       
Siraman 1 - santan cair (2 kole/gayung)
Siraman 2 - santan pekat (1 kole/gayung)

No comments:

Post a Comment