BLOG HITS

Tuesday, September 17, 2013

RAWATAN ALTERNATIF KENCING MANIS


Apakah Air ECPI (Electro Clustered Pi Water)?
  • Setiap hari kita disarankan minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Soalnya, cukupkah jumlah air yang kita minum itu dan adakah ia menepati ciri air yang disarankan. Ini kerana kita bukan sekadar minum air masak, air mineral atau air yang dirawat sebaliknya meneguk air manis dan berkarbonat yang tidak masuk dalam senarai. Apabila minum air dalam botol seperti yang banyak dipasarkan sekarang, adakah anda melihat kepada jenis air berkenaan atau minum sekadar untuk membasahkan tekak.
  • Air gelombang atau ECPI (Electro Clustered Positive Ion Water) keluaran Gesundheit Laboratories & Pharmaceutical Sdn Bhd (Gesundheit), bukan sekadar air minuman untuk menghilangkan dahaga, tetapi ianya juga terbukti sebagai rawatan alternative kencing manis. Air ECPI lahir daripada inovasi teknologi yang menggabungkan kebaikan sistem rawatan air dan teknologi ‘wave particle duality‘.
  • Gabungan teknologi ini menghasilkan air bersih dan mempunyai terapeutik yang memenuhi ciri air untuk kehidupan iaitu mengekalkan tahap kesihatan dan kecantikan.
  • Air minuman ECPI melalui proses rawatan air osmosis berbalik, ozon, alkali, oksigen, ioniz, ultraviolet, ‘electro clustered’ dan pengkodan elektronik.
  • Osmosis berbalik membersihkan air dengan mengeluarkan garam dan segala pencemaran bagi meningkatkan kualiti, warna, rasa dan kandungan yang terdapat di dalam air, manakala air alkali akan menyerap untuk melarut dan membuang toksin daripada tubuh badan.
  • Ia turut dibekalkan oksigen iaitu satu-satunya elemen yang mampu bergabung dengan elemen lain bagi membentuk komponen kehidupan asas seperti protein, karbohidrat dan air bagi menghasilkan tenaga, benteng daripada patogen serta memperbaiki tisu.
  • Sementara itu, proses ioniz bertindak menghapuskan radikal bebas yang mempercepatkan proses penuaan serta mudah diserang penyakit.
  • Proses Ultraviolet (UV) membersihkan air daripada pencemaran mikrobiologi dengan membunuh bakteria, virus dan sisa seperti ‘cryptosporidium‘ dan ‘giardia‘ melalui pancaran UV. Ia juga cuba bertindak menghapuskan klorin dan kloramin tanpa menghasilkan kesan sampingan berbahaya.
  • Pengarah Urusan Gesundheit, Zahari Saad, berkata kebaikan ECPI ialah meransang kecergasan fizikal, atasi kelesuan, membantu mengeluarkan toksin dalam badan dan melancarkan sistem perkumuhan.

No comments:

Post a Comment