BLOG HITS

Monday, September 30, 2013

DUDUK ANTARA 2 SUJUD

RABBIGHFIRLI
Tuhanku, ampuni aku
WARHAMNI
Sayangi aku
WAJBURNII
Tutuplah aib-aibku
WARFA’NII
Angkatlah darjatku
WARZUQNII
Berilah aku rezeki
WAHDINII
Berilah aku petunjuk
WA’AAFINII
Sihatkan aku
WA’FUANNII
Maafkan aku

DOA BAYI DALAM KANDUNGAN

Ya Allah, peliharakanlah anakku selama ia berada dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan berakal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca AL-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Saturday, September 21, 2013

KEPENTINGAN AIR MASAK


Peratus air yang diperlukan oleh badan:
  • Otak – 75%
  • Jantung – 75%
  • Paru-paru – 86%
  • Hati – 83%
  • Buah pinggang – 83%
  • Otot – 75%
  • Darah – 83% 
Kajian sains mendapati:
I gelas air yang di minum
  • Sebaik bangun dari tidur – membantu pengaktifan organ dalaman
  • Selepas mandi – membantu megurangkan tekanan darah rendah
  • Sebelum makan – membantu system penghadaman
  • Sebelum tidur – mempu mengelakkan strok dan serangan jantung pada waktu malam
Kurangkan pengambilan kalori harian anda dengan menggantikan minuman manis dengan air kosong :
Jenis Minuman
Kandungan Kalori
Air Kosong
0
Air Kotak (1 kotak)
114
Air Sirap (1 gelas)
140
Air berkarbonat (1 tin)
146
Teh Tarik (1 gelas)
159

(Sumber: Nutrient Composition of Malaysian Foods 4th Edition, Tee et al, 1997)

TUTORIAL SHAWL

Friday, September 20, 2013

JUN GONG DETOX FOOT PATCH

100% Natural Ingredients:
Bamboo Vinegar
Wood Vinegar
Chitosan
Loquat Leaf
Vitamin C
Vegetable Fiber
Tourmaline
Cornstarch



Kebaikan utama:
Membantu menyerap singkir racun toksin dalam tubuh
Melegakan kesakitan dan lenguh otot dan sendi
Melegakan kesakitan GOUT
Perbaiki edaran darah
Mengurangkan alahan (asthma dan lain-lain alahan)
Menyembuh sakit kepala dan migrane
Tingkatkan kecergasan
Membantu tidur yang lena
Mengurangkan tekanan stress
Memperbaiki sistem penghadaman
Meningkatkan sistem imunisasi
Mencegah badan dan kaki berbau
Membantu menurunkan berat badan.



Jenis-jenis:
White
  • 100% untuk menarik dan mengeluarkan toksin dalam badan.
Gold
  • 80% untuk mengeluarkan toksin dalam badan. 20% herba slimming untuk buang lemak. Kalau badan dah slim @ berat badan ideal, ambik yang white pun dah ok.
Detox Foot Patch (Green)
  • Menyerap toksin dari badan dhn lebih tinggi
  • Mencantikkan kulit
  • Meningkatkan kualiti tidur anda/insomnia
  • Menghilangkan stress
  • Menghilangkan sakit kepala
  • Menghilangkan sakit-sakit sendi dan otot
  • Melancarkan sistem peredaran darah
  • Meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan
Detox Foot Patch (Silver)
  • Menyahtoksin 
  • Melangsingkan 
  • Metabolisme 
  • Meningkatkan kekebalan 
  • Mencegah sembelit 
  • Memperbaiki kulit 
  • Mencegah kaki bau 
  • Pengaktifan sel/hormon 
  • Anti-penuaan 
  • Meningkatkan peredaran darah 
  • Meningkatkan kualiti tidur
  • Membantu meringankan beban pada sistem kekebalan tubuh 
  • Menyeimbangkan organ-organ tubuh manusia berfungsi
Detox Foot Patch (Ionic Lavender)
  • Menyah toksin 
  • Meningkatkan antibodi badan mencegah penyakit 
  • Membantu mendapat tidur yang lena dan ketenteraman emosi 
  • Mengatasi masalah keletihan 
  • Mengurangkan sakit kepala 
  • Mengurangkan penglihatan berlapis 
  • Melancarkan peredaran darah 
  • Mencegah masalah kulit 
  • Mengurangkan stress 
  • Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
Detox Foot Patch (Ginseng)
  • Melancarkan peredaran darah
  • Meningkatkan metabolisma badan
  • Membantu proses pemecahan lemak
  • Membuang toksin dalam badan
  • Membersih kotoran dalam kulit
  • Mengurangkan sakit-sakit sendi, otot, sakit kepala dan sakit badan
  • Mengurangkan keletihan
  • Memperbaiki kualiti tidur
  • Melancarkan sistem pencernaan
  • Menguatkan fungsi jantung dan menghilangkan stress
Sesuai untuk:
  • Lelaki dan perempuan
  • Warga emas yang selalu sakit kaki atau sakit lutut. Belikan untuk ibubapa atau      mentua anda
  • Perokok juga sesuai sebab banyak toksin yang disedut
  • Bagi mereka yang mementingkan kesihatan dalaman
Cara guna:
  • Anda hanya perlu menampal Detox Foot Patch selama 5 hingga 8 jam semasa anda tidur untuk membuang toksin dan hasilnya koyok tersebut akan menjadi hitam kesan daripada pengeluaran toksin daripada badan. Adalah disyorkan untuk digunakan setiap hari.
  • Hanya 1 minit proses yang diperlukan untuk tampal dan tidur lena.
  • Gunakan 5 hari seminggu. 2 hari rehat. Ulang untuk minggu-minggu seterusnya. Insyaallah toksin dalam badan anda akan semakin berkurang.
Kesan penggunaan:
  • Terasa badan segar dan bertenaga
  • Mengurangkan alergik
  • Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan sakit sendi
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Mendapatkan tidur yang lena
  • Mengurangkan bau kaki
Tahukah anda makanan hari ini banyak mengandungi toksin?
Apa Itu Toksin?
  • Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja, dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.
Kesan Toksin Pada Tubuh Badan?
  • Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan kita. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin ialah:
  • Penyakit kulit
  • Jerawat
  • Tumor
  • Demam
  • Penyakit jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Keletihan
  • Sengal-sengal badan
  • Masalah dalam tidur
  • Masalah pengaliran darah
  • Masalah dalam proses perkumuhan seperti sembelit dan sebagainya.
Bagaimana Cara Menyingkirkan Toksin?
  • Dengan keadaan semasa yang semakin pesat, kebanyakan daripada kita sering mengabaikan langkah awalan. Bagi memudahkan anda, kini anda boleh buang toksin melalui Foot Detox Patch.
Tanda-Tanda Seseorang Itu Banyak Toksin:
  • Kerap sakit kepala
  • Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab
  • Susah bangun tidur
  • Bahagian keliling mata gelap
  • Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit
  • Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi
  • Sinus
  • Berat badan meningkat
  • Kehadiran selulit
  • Masalah jerawat dan banyak lagi
Facebook: Nuriz Shoppe

Tuesday, September 17, 2013

RESEPI PANTAI TIMUR

Tom Yam
Bahan-bahan: (3-4 orang)
  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar pes tom yam
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 3-4 cawan air
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
  • Sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  • Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
  • Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  • Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
  • Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
  • Akhir sekali masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
  • Tom yam yang enak harus pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.

Paprik
Bahan-bahan: (4 orang)
  • ½ ekor ayam - dipotong kecil-kecil
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • Bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • Bahan-bahan perasa
Cara-cara:
  • Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak-agak sampai masak, jangan terlalu garing).
  • Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili yang ditumbuk, kacau sekejap.
  • Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  • Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. Semasa menghidang, perahkan limau kasturi. 

Udang Masak Lemak Cili Padi
Bahan-bahan: (6 orang)
  • 1/2 kg udang saiz sederhana (dibuang kepala)
  • 2 biji santan
  • 15 ulas cili padi (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • Serbuk kunyit
  • 6 batang kacang panjang
  • Asam keping
  • Garam
Cara-cara:
  • Campurkan santan, cili padi, bawang putih, bwg merah, serai dan serbuk kunyit di dalam periuk. Kemudian baru dihidupkan api dan gaul perlahan-lahan supaya tidak pecah minyak.
  • Agak-agak dalam 5 minit, masukkan pula kacang panjang, asam keping dan garam. Kacau perlahan-lahan sehingga sedikit mengelegak kemudian masukkan udang. Kacau perlahan-lahan sehingga udang masak.
  • Sedikit makluman, serbuk kunyit boleh digantikan dengan kunyit hidup. Sayur kacang panjang juga boleh digantikan dengen tomato, kacang buncis, terung atau belimbing. Bergantung kepada citarasa anda. 

Kerabu Sotong
Bahan-bahan:
  • 1/2 kg sotong, dibersihkan, potongkan anggaran 1 inci tebal dan direbus dengan sedikit air dan garam. Letakkan beberapa potongan kecil halis, untuk menghilang bau hanyir
  • 1 labu bawang besar di mayang
  • 1 cawan taugeh di buangkan ekornya
  • 1 ikat ( 50 sen) kacang botol di potong 1/2 inci panjang
  • 1/2 biji kelapa goreng
  • 4 biji lada merah dan sebesar ibu jari belacan ditumbuk bersama sedikit gula dan garam. Kalau nak pedas, boleh campurkan dengan sedikit cili api
  • 1 biji limau nipis, diambil airnya.
Cara-cara:
  • Apabila sotong sudah masak, angkat dan toskan.
  • Campurkan semua bahan-bahan diatas. Letakkan sedikit garam dan gula.
  • Perahkan air limau nipis dan gaul rata. Masam manis tu, kita agak-agak la.
  • Sebenarnya untuk kerabu ni, kita boleh letak bermacam-macam jenis sayuran yang boleh dibuat ulam. Kalau nak letakkan kacang panjang pun boleh.
  • kalau tak ada kacang botol, nak parutkan mangga muda pun boleh. 
  • Kalau nak letakkan kacang tumbuk untuk nak lemakkan pun boleh. Ikut citarasa anda.

Kerabu Perut
Bahan-bahan:
  • 100 gm kacang panjang (dipotong 3cm)
  • 200 gm tauge
  • 500 gm perut lembu
  • ½ biji kelapa(buat kerisik)
  • 3 batang serai
  • 2 sudu besar udang kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 labu bawang besar
  • 20 tangkai cili padi
  • 2 tangkai cili merah
  • 2 biji limau nipis
Cara-cara:
  • Perut lembu dibersihkan, direbus dan dipotong memanjang dan kecil-kecil. 
  • Tauge dan kacang panjang dicelur. 
  • Kelapa diparut dan digoreng untuk dijadikan kerisik. 
  • Bawang putih dan merah, serai, udang kering dan cili padi ditumbuk hingga halus.
  • Campurkan semua bahan yang telah ditumbuk dengan kerisik. 
  • Tambahkan perut lembu, kacang panjang dan tauge. 
  • Perahkan limau nipis, tambahkan garam dan gula, gaul hingga kesemua bahan sama rata. 
  • Kemudian taburkan bawang besar dan cili merah hiris di atasnya.

Nasi Dagang
Bahan-bahan (A):
  • Bawang merah - 2 senduk
  • Bawang Puteh - 2 sudu
  • Halia - 2 sudu
  • Lengkuas  - 2 sudu
  • Rempah gulai
  • Rempah Nasi Dagang separuh - 1/3
  • Santan - 3 biji
  • Lada giling/cili boh 1kg
  • Lada jarum
Bahan-bahan (B):
  • Ikan kukus dengan garam dan asam keping
  • Air rebusan simpan untuk kuah
Cara-cara:
  • Masak santan sampai pecah minyak
  • Masuk cili boh
  • Masuk bahan kisar (Bahan A)
  • Masukkan air (air rebusan ikan)
  • Masukkan nisan 1 keping, ajinomoto dan cili padi
Bahan untuk nasi - beras Siam + beras pulut ½ kg:
  • Beras 1 gantang di rendam lebih daripada 8-10jam
  • 3 biji santan (anggaran 1 gayung mandi)
  • Garam kasar 1 genggam + 1 senduk gula (untuk santan pekat)
  • Halba + halia + bawang merah (di mayang)
Cara-cara:
  • Kukus nasi dalam ½ jam
  • Keluarkan, siram dengan santan cair 2 kole/gayung
  • Kukus balik sampai masak
  • Keluarkan balik, siram dengan santan pekat
  • Masuk halia, halba dan bawang
Untuk siram santan:       
Siraman 1 - santan cair (2 kole/gayung)
Siraman 2 - santan pekat (1 kole/gayung)