BLOG HITS

Tuesday, March 12, 2013

KONVOKESYEN UiTM

Pakaian Graduan Lelaki:
  • Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).
  • Sepasang Baju Melayu hitam berbutang lima dan bersamping songket hitam berbunga benang emas dan dipakai tanpa menggunakan bengkung, atau
  • Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam , atau
  • Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam.
  • Kasut kulit hitam dan stokin hitam.
  • Songkok tidak diperlukan.
  • Seluar Jeans, Baju Seragam dan Kemeja-T tidak dibenarkan).

Pakaian Graduan Perempuan:
  • Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).
  • Baju kurung moden/ labuh atau kebaya bandung/ labuh. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
  • Sarung Kebaya tanpa menggunakan belah (slit) di tepi tetapi boleh memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan.
  • Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining’.
  • Selendang/ Mini Telekung boleh dipakai jika mahu.
  • Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
  • Kasut bertumit sekurang-kurangnya 1.5 inci tinggi.
  • Sekiranya memakai sarung tangan, sila pastikan ianya dipakai dikedua-dua belah tangan dengan warna hitam ataupun mengikut warna kulit.
  • Pakaian  fesyen berseluar  tidak dibenarkan sama sekali.
  • Pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, kain pario dan seluar adalah tidak dibenarkan.

Pakaian Tetamu Lelaki:
  • Kebangsaan, atau
  • Batik, atau
  • Lounge Suit, atau
  • Pakaian Rasmi yang sesuai (Seluar Jeans dan Kemeja-T tidak dibenarkan) 

Pakaian Tetamu Wanita:
  • Kebangsaan  atau
  • Pakaian Rasmi  atau pakaian sopan ( pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, dan seluar adalah tidak dibenarkan) 


No comments:

Post a Comment