Buah manjakani buah ajaib ciptaan Allah untuk wanita:
- Sejak berzaman lagi, manjakani sudah terkenal dan sinonim dengan keupayaannya merawat seribu satu masalah yang dihadapi wanita. Ini merupakan sedikit ringkasan mengapa setiap wanita harus memiliki serbuk manjakani ini sebagai perisai kegunaan harian.
- Sebiji buah manjakani mempunyai khasiat dan faedah menyeluruh yang begitu besar
- "Buah ini digunakan untuk kesihatan di tahap optimum dalaman dan luaran.Ia mampu mengetatkan faraj,menegangkan kulit dan menjadikannya bercahaya cantik, payudara yang terletak indah dan rahim yang terletak elok kedudukannya"
1001 rahsia pada sebiji buah manjakani:
- Awet muda - Antioksida melambatkan proses penuaan sel.
- Pencegahan kencing manis - Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.
- Pencegahan barah payudara dan rahim - Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan rahim.
- Pencegahan bau yang tidak diingini - Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.
- Mata yang sihat - Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
- Rawatan payudara - Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bemanjakani dapat memperbaiki payudara yang telah hilang kekenyalannya.
- Kulit kering dan berminyak - Astringen juga dapat mengaawal kulit kering dan berminyak.
- Pelbagai khasiat makanan - Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.
- Memulih otot dalaman faraj - Tannin pada manjakani amat mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar, lemah atau kendur.
- Mengawal lendir dan lelehan faraj - Astrigen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.
- Mengecutkan tisu-tisu - Astrigen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
- Menegangkan dan mencantikkan kulit - Astrigen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
- Menguatkan gigi dan kaya dengan kalsium - Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
- Mulut - Astrigen dalam manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut.
- Perawatan kronik ulser - Amalam meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
- Gigi dan tulang - Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
- Pelbagai khasiat makanan - Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.
Kegunaan untuk pelbagai tujuan:
- Ia amat sesuai untuk melambatkan kedutan muka(awet muda). Disamping itu juga, ia berupaya menghilangkan jerawat yang tumbuh di muka dengan kadar yang amat cepat sekaligus memudarkan parut-parut jerawat yang ada di muka sebelumnya.
- Jika untuk menegangkan/memejalkan payudara atau hilangkan hitam-hitam celah kelangkang, ketiak atau pelipat, lakukan kaedah yang sama dan biarlah ia benar-benar kering. Selepas itu terus mandi. Semasa mandi, sisa-sisa serbuk manjakani yang masih melekat di badan itu gunakanlah sebagai scrub(gosok) untuk hilangkan daki-daki / bekas-bekas hitam celah kelangkang atau di mana sahaja. Selepas itu mandilah seperti biasa dan bilas sebersih-bersihnya.
Cara dan aturan guna (Sebagai
Lulur/Masker):
- Ambil serbuk buah manjakani ini dalam kuantiti separuh sudu kecil (terpulang kepada anda sebenarnya). Campurkan dengan air seolah-olah anda ingin memakai bedak sejuk. Agak-agak keperkatannya supaya mudah disapu. Sapu ke seluruh wajah anda. Biarkan ia betul-betul kering. Selepas itu, bilas dengan air bersih. Jika masalah muka anda teruk, sapulah setiap hari. Jika hanya untuk penjagaan sahaja, tiga kali seminggu sudah memadai.
- Ia boleh juga digunakan untuk merawat luka samada luka biasa atau pembedahan perut selepas bersalin. Caranya, cuma sapu pes manjakani (serbuk yang dicampurkan dengan sedikit air)di tempat terbabit dan biarkan ia mengering. Selepas itu, dicuci perlahan-lahan sehingga bersih. Amalkan sehingga ia sembuh.
Sebagai ejen perapat / kegunaan untuk bahagian sulit:
- Bagi mendapatkan hubungan suami isteri seperti diimpikan, faraj wanita mestilah sentiasa dalam keadaan bersih, tidak berbau, rahim cantik terletak,faraj tidak banjir dan paling penting,maintain ketat bab perawan. Caranya cukup mudah. Ada beberapa cara sebenarnya.
- Ambil serbuk manjakani dan campurkan dengan sedikit air lalu disapu ke pintu lubang faraj. Buat 3-4 kali seminggu pun sudah memadai. Tindakbalasnya akan segera dapat dirasai. Bertahanlah sedikit dengan rasa berdenyut-denyut di bahagian otot yang longgar sebab manjakani sedang bekerja untuk membantu anda.
Sebagai pencuci bahagian sulit:
- Ambil satu sudu kecil serbuk manjakani ini dan campurkannya dengan segayung air (cebuk air). Kacau atau kocak-kocakkannya sehingga sebati dan gunakan semasa mencuci bahagian sulit anda. Air campuran yang lebih tadi bolehlah disimpan di dalam botol untuk kegunaan pada waktu-waktu yang lain.
- Air janganlah disimpan di dalam botol terlalu lama sehingga berminggu-mingu. Bimbang ia akan bertukar menjadi masam sebab air paip kita bukanlah bersih sangat. Bakteria terlalu banyak. Jika air direbus terlebih dahulu lainlah ceritanya. Ia amat sesuai digunakan ketika wanita dalam keadaan haid kerana ia amat kaya dengan bahan antiseptik dan antioksida. Seelok-eloknya gunakan setiap hari sebagai amalan. Cara ini juga berupaya untuk mengetatkan faraj anda. Jika anda ingin mengamalkannya dengan madu, elakkan menggunakan sudu logam. Ia boleh mengurangkan khasiat madu. Paling baik,gunakan sudu plastik,tembikar dan lain-lain.
Khasiat 1:
- Ramai wanita akan risau bila melihat kulit mula kendur. Bimbang andai kata perhatian suami akan mula beralih arah. Antara cara untuk melambatkan masalah kulit kendur bukan sahaja di bahagian muka, tetapi juga seluruh badan ialah dengan menggunakan buah manjakani. Buah ini bukan sahaj bagus untuk tujuan merapatkan otot vagina wanita tetapi juga berguna untuk petua kecantikan lainnya.
- Dapatkan buah manjakani. Boleh dibeli di pasar atau kedai-kedai india. Rebus beberapa biji buah manjakani sampai lembut. Anggaran cukup untuk kegunaan seluruh badan. Apabila sudah lembut dan bila dipicit, mengeluarkan lendir atau getahnya, lumurkan getah itu diseluruh muka, dan anggota badan lainnya seperti buah dada, perut, paha dan lengan. Biarkan sampai kering. Kemudian bolehlah mandi. Elok diamalkan setiap hari sama ada sebelah pagi sebelum mandi atau sebelah petang.
Khasiat 2:
- Ini tambahan petua bagi mengeratkan hubungan suami isteri, menurut nasihat orang lama, biji majakani dimasukan ke dalam nasi yang sedang ditanak. Apabila nasi telah betul-betul tanak keluarkan biji tersebut, kupaskan kulitnya yang telah lembut, digentelkan dan ditelan. Buat selama tiga hari berturut-turut. Insyaallah anda akan merasakan perubahan yg ketara dalam hubungan suami isteri.
Khasiat 3:
- Untuk ibu selepas bersalin. Masa dalam pantang biasanya manjakani direbus lama-lama dengan air dan dibuang kulitnya. Lepas tu dikepal-kepal isinya dan masukkan dalam ketulan nasi. Boleh juga masukkan dalam kapsul ubat. Airnya sekali teguk je, minum. Minum laju-laju, itu petuanya kalau nak bagi habis. Untuk sapuan pada luka bersalin pula, manjakani kering diasah dan serbuknya disapu pada luka bersalin. Tapi pastikan manjakani dan alatan yang digunakan bersih, nanti ada jangkitan pula.
No comments:
Post a Comment