BLOG HITS

Wednesday, April 16, 2014

ADAB MAKAN IKUT CARA RASULULLAH S.A.W

Pemakanan sihat mengikut amalan diet Rasulullah S.A.W:
  • Dalam aspek berkaitan etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat sepenuh keberkatan dan manfaat daripadanya.
  • Rasulullah SAW mengelakkan minuman susu bersama makanan berprotin dan melarang memakan campuran pelbagai jenis daging. Baginda SAW lebih banyak mengambil bijirin, sayuran dan buah-buahan kerana corak pemakanan sebegini adalah sihat dan berkhasiat seperti juga yang disarankan oleh pakar nutrisi pada hari ini.
  • Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kadar lemak yang rendah. Justeru, pengambilannya mengurangkan lemak di dalam badan dan amat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengawal kegemukan. Di samping itu, ia juga mengandungi zat dan vitamin lain yang seimbang untuk kesihatan badan di samping memantapkan lagi sistem pertahanan badan seseorang.
  • Rasullulah SAW tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. Kita cubalah ikut cara diet Rasulullah SAW agar sentiasa sihat dan tidak mengalami sakit perut ataupun keracunan makanan.

Tatacara pemakanan sihat Rasulullah S.A.W:
1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan. 
  • Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.
  • Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.
3. Elakkan meminum susu bersama makan buah.
  • Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.
4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
  • Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi,  ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.
5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.
  • Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..
6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
  • Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda: “Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.
  • Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.
  • Al-Hakam Bin Uyainah berkata: “Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”
7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
  • Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.
  • Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.
  • Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan, “Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.
  • Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.
8. Buah tamar sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW.
  • Ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.
  • Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.
  • Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata, “Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.
9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
  • Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.
10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).
  • Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.
11. Nabi SAW juga menggalakkan penggambilan madu.
  • Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia mennghindar daripada segala penyakit.
  • “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan” – (An-Nahl: 68-69).
12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada kesihatan.
  • Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.
13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
  • Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:
  • نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع
  • Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.“
  • Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).
14. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.

15. Baca basmalah dan berdoa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.
  • Doa sebelum makan; اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
  • “Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.”
  • Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)
16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)
  • Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).
  • “Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
  • Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).
17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.

18. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.
  • Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersbda; “Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”
19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
  • Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.
  • Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga.
  • Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.
20. Elakkan kekenyangan sebelum tidur kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan.  Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.
  • Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.
21. Berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
  • Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.
22. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.

Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyemprnaan ibadah yang bermutu.

10 MAKANAN YANG DIKATAKAN TIDAK SIHAT SEBENARNYA SIHAT

1. Keju
Keju tinggi dengan kalori dan lemak? Benar.. akan tetapi, terdapat juga kelebihan yang terdapat disebaliknya. Pastikan kita membicarakan tentang keju yang berkualiti tinggi dan bukannya yang terdapat di dalam pizza dan sebagainya. Pengambilan produk tenusu dalam pemakanan harian anda dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis. Selain daripada itu, kajian juga mendapati ia dapat membantu dalam proses mengurangkan berat badan. Keju adalah tinggi dalam protein dan merupakan sumber kalsium yang terbaik.

2. Kopi
Minuman yang membuatkan hampir ramai yang ketagih dengan sifat semulajadi bahan kopi ini memberikan kesan negatif kepada sesetengah individu seperti menyebabkan kebimbangan, kegelisahan, keresahan, insomnia, sakit kepala, berdebar-debar jantung dan sebagainya.
Harus ditekankan disini, kopi adalah sumber tenaga yang baik. Akan tetapi, hadkan pengambilan dan menjaga kualiti minuman tersebut dimana elakkan meletakkan gula berlebihan dan tidak mencampurkannya ia dengan susu pekat manis. Amalkan meminum kopi kosong yang sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan yang tidak kita ketahui. Kopi dapat meningkatkan mood, masa reaksi, ingatan, kewaspadaan dan fungsi kognitif umum. Selain daripada itu, ia boleh membantu anda membakar lemak dengan merangsang sistem saraf pusat anda, dan meningkatkan metabolisme anda. Akhir sekali, ia juga dapat meningkatkan jangka hayat anda.
Kopi adalah sumber tenaga yang baik. Akan tetapi, hadkan pengambilan dan menjaga kualiti minuman tersebut dimana elakkan meletakkan gula berlebihan dan tidak mencampurkannya ia dengan susu pekat manis.

3. Durian
Pasti ramai yang kurang gemar dengan bau yang kurang menyenangkan dari Raja Buah ini. Akan tetapi, ada juga yang gilakan rasa lemak yang dirasai ketika makan buah ini. Buah yang tinggi lemak dan tinggi dengan kalori? Benar akan tetapi pengambilan yang tidak melebihi kalori harian bukanlah penyebab untuk kita terlepas dari mendapatkan kebaikan dari Raja Buah ini. Durian adalah tinggi dengan nilai seratnya. Ia juga mengandungi vitamin C, Vitamin B6, dan folat. Ia juga tinggi dengan potassium dimana ia dapat membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah.

4. Tiram
Bau yang kurang enak serta rasa yang kurang menyenangkan dari hasil laut ini membuatkan sesetengah orang kurang gemar untuk menikmatinya. Akan tetapi, hasil laut ini juga tidak kurang hebatnya dari segi kelebihan dan sumbangan vitaminnya. Tiram tinggi dengan sumber zinc dimana ia merupakan sumber mineral penting untuk pengeluaran sperma dan kesihatan seksual lelaki dan meningkatkan hormon seks. Selain daripada itu, ia tinggi dengan sumber protein tanpa lemak serta tinggi dengan Omega-3, magnesium dan vitamin-E dimana dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan keradangan. Seterusnya, ia mengandungi antiviral yang didapati menghalang tumor daripada membentuk dalam tempoh masa yang panjang.

5. Daging Merah
Sesetengah orang ada yang kurang gemar makanan ini. Ada yang mengatakan ianya makanan yang menggemukkan dan berkolesterol tinggi. Sebenarnya, samada ianya memudaratkan atau tidak adalah bergantung kepada jumlah makanan yang diambil. Daging merah adalah sumber vitamin D yang terbaik. Kajian di Jepun mendapati bahawa lemak yang lebih tepu mereka makan, lebih rendah risiko strok. Selain daripada itu, daging merah juga terdapat zinc yang penting untuk fungsi-fungsi fisiologi dan merupakan sebahagian daripada struktur bagi banyak protein dan enzim.

6. Ghee
Penggunaan ghee dalam masakan amat popular lagi-lagi dikalangan masyarakat kaum India. Sesetangah kajian mengatakan penggunaan ghee yang berlebihan dapat meningkatkan risiko penyakit jantung. Akan tetapi, untuk mendapatkan khasiat dari penggunaan tersebut, elakkanlah menggunakan ghee ini secara berlebihan. Dari segi Ayurveda, minyak ghee ini dapat menggalakkan pembelajaran dan meningkatkan ingatan seseorang. Ia juga penuh dengan vitamin larut lemak A, D, E dan K. Kandungan yang terdapat didalam minyak ghee ini mengandungi asid linoleik conjugated (PTK). Ia adalah asid lemak antioksidan yang boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan membantu dalam penurunan berat badan.

7. Hati Lembu
Organ dalaman sememangnya tidak digalakkan untuk diamalkan. Akan tetapi, bagi penggemar hati lembu, terdapat juga kelebihan yang dapat diperolehi dari hidangan yang diberikan. Walaubagaimanapun, hadkan pengambilan anda agar tidak berlebihan. Hati lembu mengandungi pelbagai nutrient tambahan seperti zinc, vitamin B12, dan vitamin A. Sumber ini dapat membantu mengurangkan penyakit yang berbahaya Ia adalah sumber protein yang baik. Ia juga dapat melindungi daripada kanser, keletihan, dan mengoptimumkan sistem imun anda.

8. Kentang
  • Sumber karbohidrat ini selalunya dielakkan pengambilannya oleh individu yang sedang mengurangkan berat badan. Benar, kentang tinggi dengan kandungan karbohidratnya. Akan tetapi, lagi sekali, jika anda sudah mengira jumlah pengambilan karbohidrat harian anda, anda harus mengambil sumber tersebut dari kentang.
  • Jika anda ingin mengurangkan berat badan, makan makanan yang rendah Indeks glisemik (GI).Kentang telah dikenalpasti sebagai tinggi dalam GI. Akan tetapi, kajian yg telah dijalankan, tahap GI kentang berbeza dari segi penyediaannya. GI kentang adalah lebih rendah apabila mereka dimakan sedikit sejuk daripada panas, dan apabila direbus dan dimakan keseluruhan dan bukannya dilenyekkan.
  • Kentang dapat menggantikan keinginan anda untuk gula-gula dan roti apabila pada diet rendah karbohidrat. Selain daripada itu, kentang juga amat sesuai untuk individu yang menghadapi plateu ketika mengurangkan berat badan dimana ia dapat mengembalikan tahap leptin anda. Ia dipanggil teknik refeeding dan dapat mengembalikan semula proses pengurangan berat badan.
 9. Sos tomato
  • Sememangnya pasti ramai yang mengetahui bahawa sos adalah bahan proses yang tinggi dengan kandungan gula dan garam. Pastikan anda menggunakan sos tomato yang berkualiti tinggi jika ingin menikmatinya agar dapat mengelakkan dari penambilan sos tomato yang kurang berkualiti dan sebagainya.
  • Bahan utama penyediaan sos adalah dari sirap jagung tinggi fruktosa (HFCS). Ia merupakan pemanis yang murah dan senang didapati yang boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah dan akhirnya menyebabkan obesiti. Oleh itu, untuk mendapatkan dan mengelakkan dari pengambilan HFCS yang tinggi, sos tomato Heinz adalah sos yang kurang menggunakan HFCS.
  • Selain daripada itu, terdapat juga kelebihan memakan sos ini dimana ia mengandungi kandungan lycopene. Lycopene merupakan antioksidan yang kira-kira 100 kali lebih berkuasa daripada vitamin E. Ia adalah berguna untuk merawat penyakit kardiovaskular, strok, kencing manis, osteoporosis dan kemandulan lelaki.
10. Daun Gandum
Selain bau yang kurang menyenangkan, daun gandum ini amat pahit dan kurang enak. Akan tetapi, khasiat yang terdapat pada daun ini sangat berguna seperti ia mengandungi klorofil. Klorofil dapat mengurangkan kadar kanser kolon, dan ia boleh menjadi terapeutik untuk ulser kolitis.

TIPS DIET SEIMBANG

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.
Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.
Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
  • Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
  • Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
  • Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
  • Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
  • Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.
5. Kurangkan gula.
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Source: Utusan Pengguna

CARA MENGURUS URI ANAK

Tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri:
  • Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
  • Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
  • Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
  • Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri:
  1. Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
  2. Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
  3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
  4. Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
  5. Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
  6. Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
  7. Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastik tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
  8. Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
  9. Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti.
  10. Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
  11. Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
  12. Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
  13. Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Hukum menanam uri adalah harus (Jakim)
  • Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
  • Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.
  • Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.


Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga. “Eloklah dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti jenazah,” katanya ketika ditemui baru baru ini. Menyentuh perbuatan meletak bahan bahan seperti asam garam, yg disertakan sebatang jarum atau paku, menurut Dr. Anisah, semua itu hanyalah adat semata mata. “Dalam Islam tidak ada semua itu. Seelok eloknya basuh saja bersih bersih. Selepas itu balut kemas, tanamlah. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan dapat mengelak daripada diselongkar binatang,” tambah Dr. Anisah. Di kalangan masyarakat Melayu, uri cukup dijaga. Selain ditanam beserta dengan pelbagai benda, seperti jarum, paku, lebai, adakalanya batik dan sebagainya. Malah sesetengah tempat ia dipasang lilin waktu malam selama tujuh malam. Menurut mereka lagi, jika ditanam begitu saja, macam macam perkara akan menimpa bayi. Takut dengan musibah musibah yg dikatakan itu, ramai ibu bapa yg terpaksa patuh dengan cara menanam uri. Semua itu, menurut Dr. Anisah hanyalah adat orang Melayu yang telah diamalkan turun temurun. Mengamalkannya tidak salah kerana ia cuma budaya, asalkan tidak memesongkan keyakinan. Bagaimanapun menurut beliau, jika petua orang tua itu menjurus ke arah suatu kepercayaan atau keyakinan maka ia tidak boleh diamalkan. “Masalah akan timbul jika kita benar benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak daripada menangis malam, sawan dan sebagainya. Kedaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat. Misalnya kalau letak jarum atau paku semasa tanam uri dapat mengelakkan daripada gangguan makhluk halus jelas ini salah. Kita dilarang terus daripada percaya yang lain selain ALLAH,” katanya lagi.

Bagaimana jika uri berkenaan dibuang sahaja? Apakah hukumnya?
“Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik. “Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yang mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula,” katanya lagi. Malah menurut Dr.Anisah, perangai anak anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau macamana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yang diberikan ibu bapanya. Nabi pernah berkata, seorang bayi yang baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanyalah yang menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani. Malah menurutnya lagi, tidak ada doa doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yang soleh atau solehah. “Cukup sekara baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad. Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam,” kata Dr. Anisah

Artikel lain:
Penceramah bebas, Datuk Daud Che Ngah menolak perkaitan antara penanaman uri dengan masa depan atau nasib seseorang. “Tiada kaitan antara kehidupan seseorang dengan uri wanita selepas bersalin. “Namun, seelok-eloknya uri itu diuruskan dengan penghormatan yang tinggi,” ujarnya ketika dihubungi Jurnal. Katanya, uri memang perlu dibersihkan dengan air asam dan garam bagi menghilangkan bau dan kekotoran yang terlekat padanya agar tidak diselongkar oleh haiwan buas. Tambahnya lagi, uri adalah sebahagian daripada jasad manusia dan sepatutnya perlu kembali ke tempat asalnya iaitu tanah. “Uri dan manusia datang daripada tanah dan perlu kembali kepada tanah,” katanya merujuk kitab Tanbihul Ghafilin. Beliau turut memberitahu, bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang mengiringi upacara penanaman uri boleh dilakukan untuk memperoleh keberkatan.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kedah, Dr. Kamaruzaman Ali pula menjelaskan tiada upacara khas dilakukan pihaknya untuk menguruskan uri wanita selepas bersalin. “Biasanya, uri akan dibersihkan menggunakan air bersih bagi menyucikan darah yang masih terlekat sebelum diserahkan kepada keluarga pesakit untuk urusan lanjut. “Namun, bagi uri milik keluarga bukan Islam atau uri yang tidak dituntut, selepas dibersihkan ia akan dinyahkuman dan dibakar,” ujarnya. Tambahnya lagi, individu yang menyucikan uri perlu memakai sarung tangan bagi mengelakkan kebarangkalian virus atau kuman yang mungkin melekat pada uri menjangkiti individu terbabit. Kamaruzaman menasihatkan agar uri ditanam di kawasan yang sesuai dan jauh daripada lokasi haiwan berkeliaran bagi mengelakkan uri itu digali. “Seelok-eloknya uri perlu ditanam di dalam lubang yang digali lebih sekaki bagi tujuan membendung dihidu binatang buas,” katanya.

KKTM KEMAMAN DAN IKM BESUT UNTUK LEPASAN SPM

Cara-cara memohon
Permohanan dibuka pada bulan April dan Oktober setiap tahun. Maklumat tentang pengambilan pelajar akan dimaklumkan di dalam laman sesawang ekemahiran. Permohonan kemasukan pelajar boleh dilakukan secara:
Dalam talian:
  1. www.ekemahiran.edu.my
  2. https://online.mohe.gov.my
  3. http://online.mara.gov.my/upimonline
"Walk-in application" di KKTM Kemaman dengan membawa bersama dokumen ASAL dan SALINAN:
  1. Sijil SPM/SPMV pemohon
  2. Kad Pengenalan pemohon
  3. Sijil kelahiran pemohon
  4. Sijil kelahiran ibu dan bapa
 Keistimewaan/kelebihan belajar di KKTM Kemaman
  1. Yuran Pengajian PERCUMA
  2. Penginapan disediakan
  3. Elaun sara diri diberikan
KKTM Kemaman menawarkan 5 program pengajian iaitu:
  1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji Proses (Instrumentasi dan Kawalan)
    • Diploma in Process Plant Engineering Technology (Instrumentation & Control)
  2. Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji Proses (Perpaipan)
    • Diploma in Process Plant Engineering Technology (Piping)
  3. Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji Proses (Elektrikal)
    • Diploma in Process Plant Engineering Technology (IElectrical)
  4. Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji Proses (Mekanikal)
    • Diploma in Process Plant Engineering Technology (Mechanical)
  5. Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji Proses (Struktur Luar Persisir)
    • Diploma in Process Plant Engineering Technology (Offshore structure)
Syarat kemasukan:
  1. Warganegara Malaysia (Bumiputera)
  2. Berumur di antara 18-40 tahun.
  3. Sihat tubuh badan
  4. Lulus SPM/ SPMV dengan sekurang-kurangnya tiga (3) KEPUJIAN di dalam subjek- subjek berikut:
    • Bahasa Malaysia
    • Matematik
    • dan satu subjek lain (Subjek sains iktisas, sains tulen, kejuruteraan atau vokasional)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Serta memenuhi syarat-syarat lain yang telah ditetapkan.
Komponen dan Tempoh Pengajian
Komponen Pengajian
Pelajar yang mengikuti perngajian di KKTM diwajibkan mengikuti setiap komponen pengajian yang ditetapkan sebagai satu keperluan untuk memenuhi syarat penganugerahan diploma. Komponen pengajian ini terbahagi kepada 4:
  1. Pengajian Teknikal
    • Pengajian Teknikal adalah komponen utama yang merangkumi kursus teknikal teras dan teknikal umum kepada program berkenaan
  2. Pengajian Am
    • Pengajian Am adalah komponen sokongan yang diwajibkan dalam sesuatu program
  3. Ko-Kurikulum
    • Kokurikulum adalah aktivitii badan beruniform dan bukan beruniform. 
  4. Latihan Industri
    • Latihan Industri adalah satu latihan di mana pelajar diberi pendedahan kepada suasana pekerjaan sebenar samada di agensi kerajaan atau swasta yang berkaitan dalam tempoh yang telah ditetapkan dengan syarat. Hanya pelajar yang telah lulus semua penilaian kursus dibenarkan menjalani Latihan Industri
Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian program perdana sepenuh masa bagi setiap pelajar di KKTM Kemaman adalah seperti berikut:
  • Minimum 3 tahun (6 semester) dan maksimum 5 tahun (10 semester)
  • 5 semester pengajian ilmiah
  • 1 semester latihan industri
Keistimewaan
Kelebihan Pengajian di KKTM Kemaman:
  • Yuran Pengajian Percuma
  • Penginapan Asrama Percuma & Selesa
  • Elaun Bulanan
  • Fasiliti Yang Lengkap
  • Peralatan Terkini
  • Kemudahan Riadah & Rekreasi
  • Pensyarah Yang Berpengalaman & Berketrampilan
Borang dan Dokumen Perjanjian Pelajar
Sila muat turun Borang/Surat Perjanjian Pelajar dan lengkapkan sebelum mendaftar di KKTM Kemaman. Pastikan Borang/Surat Perjanjian ini telah lengkap diisi sebelum hari pendaftaran bagi mengelakan sebarang kesulitan.
Dokumen-dokumen yang perlu dimuat turun adalah:
  1. Borang Peribadi
  2. Buku Pendaftaran
  3. Borang/Surat Perjanjian
  4. Buku Panduan
Borang/Surat perjanjian boleh dimuat turun melalui:
  1. Laman Web Rasmi KKTM Kemaman
  2. Portal eKemahiran
Sila rujuk Panduan Mengisi Borang bagi mengelakan sebarang kesilapan.


Ibu Pejabat MARA:
Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT)
Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
Tel: 03-2613 4605 / 4611 / 4612 / 4618 / 9085
Faks: 03-26914510

KKTM Kemaman
Jalan Mak Lagam
24000 Kemaman
Terengganu
Tel: 09-8520019
Faks: 09-8520010

IKM Besut
Jalan Bt. Tumboh, Kg. Alor Lintang
22200 Besut
Terengganu
Tel: 09-6957244, 09-6958795
Faks: 09-6957326
http://www.ikmbesut.edu.my/

Source: KKTM Kemaman

KHASIAT YASSIN AYAT KE-58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:
  • YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.
  • YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam.
  • YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
  • YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.
  • YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat, sifat munafiq dan miskin.
  • YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.
  • YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.