Daya
tarikan sememangnya ada dalam diri setiap individu. Kerana itu Allah dengan
sifatNya yang maha adil dan pemurah telah menetapkan kehebatan yang berbeza
bagi kita semua. Tambahan itu, ayat popular daripada ayat ke-4 Surah at-Tin
yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami menjadikan manusia itu dengan sebaik
kejadian.” Akan tetapi, dalam kesibukan kita dalam menangani isu di
sekolah/university/kolej/pejabat, antara keluarga serta masyarakat, kita
kadangkala terlupa yang kita ini mempunya daya tarikan yang unik.
Apakah
kepentingan daya tarikan ini? Ada lebih ribuan jawapan kepada persoalan ini.
Ada
yang mahu jadi menarik kerana beranggapan yang diri mereka tidak menarik
daripada segi rupa dan perawakan. Mereka mahu memperkukuhkan daya tarikan pada
diri kerana mahukan kawan dan penghormatan. Mereka mahu disanjungi oleh
rakan-rakan dan masyarakat setempat dengan menempah nama melalui pelbagai aspek
yang boleh menarik perhatian. Tidak kurang juga yang mahu menggunakan daya
tarikan tersendiri untuk memenangi hati gadis atau jejaka idaman. Seterusnya
daya tarikan seperti karisma juga amat penting dalam kenaikan pangkat di tempat
kerja dan sebagai ahli politik, daya tarikan adalah antara senjata utama dalam
memenangi hati pengundi. Bagi usahawan pula, mereka adalah wajah kepada
perniagaan mereka. Seraya itu, usahawan yang menarik lebih mudah untuk membina
jaringan atau network dengan pengedar, pengusaha lain yang boleh melakukan
kerjasama, serta yang paling utama, para pelanggan. Pasangan suami isteri juga
perlu sentiasa peka terhadap keterampilan serta daya tarikan diri kerana dari
segi psikologi, perempuan suka akan kecantikan pada diri sendiri manakala
lelaki pula gemar melihat perempuan yang cantik (ini memang tidak dinafikan).
Berbalik
kepada soalan kita tadi. Mengapa Perlu Jadi Menarik?Berdasarkan
perbincangan di atas, berikut merupakan antara manfaat-manfaat seseorang
individu akan dapat dengan menyerlahkan daya tarikan yang sedia ada pada
dirinya:
1. Keyakinan diri
2. Kemantapan hubungan
sosial
3. Kunci kepada
memenangi hati pasangan idaman.
4. Kemantapan hubungan
di pejabat
5. Mengukuhkan
pengikut atau “fan base”
6. Memudahkan
“networking” serta mengukuhkan “supply-chain” bagi usahawan.
7. Menambat hati
pasangan.
Orang
yang menarik ialah mereka yang yakin dengan kebolehan sendiri. Kebolehan dan
keistemewaan ini amat luas definisinya. Ada yang menarik kerana rupanya yang
kacak atau jelita serta susuk tubuh yang menawan. Tidak kurang juga yang
menarik kerana bijak berjenaka dan peramah. Ada yang punya suara merdu serta
memukau. Mereka yang berbakat dalam lakonan dan persembahan (showmanship) juga
mempunyai ramai ikutan. Dalam erti kata lain, setiap seorang mempunyai daya
tarikan yang tersendiri. Bagi mereka yang kurang mempunyai keyakinan kerana
beranggapan mereka tidak menarik, apa yang mereka perlukan ialah motivasi untuk
mencungkil bakat serta keistimewaan mereka yang mungkin terpendam disebabkan
persepsi masyakarat yang pelbagai. Ada individu yang memang mudah menonjolkan
daya tarikan tetapi ada juga yang perlu lebih usaha untuk mencapai perkara yang
sama. Allah itu maha adil dan bijaksana di mana hamba-Nya diuji dengan cara
yang berlainan.
Akhir
kata, kita perlu ingat bahawasanya kita ini menarik. Jika kita belum mendapat
apa yang kita diidamkan walau dengan daya tarikan yang sedia ada, ini bermakna
Allah mahu menguji kita dan meningkatkan daya kreativiti kita dalam usaha
mencapai kejayaan. Wallahualam.
(Artikel
ini digarap daripada buku “Tip Menjadi Individu Menarik” yang ditulis oleh
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar. Kini berada di
pasaran)
No comments:
Post a Comment