SOURCE:
Tulip Merah Sahaja
Wanita hiasan dunia dan wanita syurga bidadari dunia...
BLOG HITS
Thursday, July 3, 2014
Thursday, June 12, 2014
CARA MEMBUKTIKAN CINTA KITA KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W
Setelah
nyata kepada kita kewajipan menyintai dan mengasihi Nabi Muhammad SAW
berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli yang jelas, marilah pula kita cuba
membincangkan tanda dan bukti kasih dan kecintaan seseorang terhadap baginda .
Deklarasi cinta yang tidak disusuli dengan pembuktian amali tentu sahaja masih
belum mencukupi untuk membentuk cinta sejati.Bukti yang paling mudah dilihat,
seseorang yang benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang
dikasihinya daripada dirinya sendiri dan kehendak peribadinya. Jika tidak
mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan kasih sejati yang
ikhlas-murni, tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.
Keutamaan
mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini jelas dapat dilihat dalam
ungkapan seorang pencinta Allah SWT dan NabiNya SAW yang tidak asing lagi,
Rabi’ah al Adawiyyah dalam syairnya: “Sesungguhnya seorang kekasih itu akan
taat-patuh kepada yang dikasihinya.”
Selain
memiliki semangat di atas, orang-orang yang benar-benar mengasihi Nabi SAW
harus terdapat pada dirinya bukti dan tanda berikut:
1.
Menjunjung agama Nabinya, mengamalkan Sunnahnya, menurut perkataan dan
perbuatannya dalam setiap keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi
larangannya. Dia juga mengamalkan adab-adab kehidupan Rasulullah SAW dalam
segala keadaan, sama ada ketika susah atau pun senang, ketika gembira atau pun
sedih. Ikatan antara ‘kasih’ dan ‘taat’ ini terlihat jelas dalam firman Allah
SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar kamu mengasihi Allah maka
ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu.” (ali ‘Imran: 31) Namun
semangat semata-mata tidak memadai jika tidak berpaksikan di atas ilmu yang
kukuh. Lebih-lebih lagi pada zaman fitnah ini, kegagalan seseorang itu mengenal
mana satu Sunnah dan bidaah akan memungkinkan terjebak ke dalam lubuk bidaah
yang dianggap sebagai Sunnah. Akhirnya Sunnah dipinggirkan dan bidaah
ditegakkan.
Orang
yang tersemat di dalam hatinya kasih yang sejati terhadap Rasulullah SAW juga,
tidak akan mempedulikan kemarahan manusia lain dalam usahanya mentaati Allah
SWT dan Rasul SAW.
2.
Sudah menjadi adat dan lumrah berkasih, seorang kekasih akan sering menyebut
dan mengingati kekasihnya. Justeru, apabila hati seseorang itu telah
mengisytiharkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW, maka lidahnya akan sering
menyebut nama Kekasihnya SAW dan kotak fikirannya akan sentiasa mengingati
Baginda SAW.
Selaku
umat Muhammad SAW, kita amat bertuah kerana telah diajar berselawat ke atas
kekasih kita Nabi Muhammad SAW sebagai salah satu bentuk ibadah dan taqarrub
kepada Allah SWT. Maka kita beruntung kerana dapat beribadah dengan menyebut,
memuji dan berselawat kepada insan yang paling kita cintai dengan membaca
ayat-ayat al-Quran yang memuji Nabi SAW serta lafaz selawat yang diajar sendiri
oleh Baginda SAW.
Kita
juga dididik oleh Nabi SAW dan ulama pewaris Baginda SAW menghormati hari dan
bulan kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul SAW dan Isra’ Mikraj dengan
mengisinya dengan pelbagai amalan yang kesemuanya ada kaitan dengan Nabi SAW
dalam kerangka ubudiah kepada Allah SWT. Walaupun ada segelintir di kalangan
orang Islam sendiri mencurigai bacaan dan amalan-amalan ini.
Menghayati
dan memperjuangkan agama seiring dengan berkasih-sayang dengan Nabi SAW
dirasakan begitu indah dan menyegarkan. Sebaliknya tanpa dimensi ini,
menghayati agama boleh terasa gersang dan membebankan serta cenderung membentuk
jiwa keagamaan yang keras dan kasar.
3.
Orang yang mengasihi Nabi SAW akan sentiasa berasa rindu untuk bertemu dengan
Baginda SAW; untuk melihat zatnya di alam yang kekal abadi kelak, atau
sekurang-kurangnya jika dapat menatap kelibat wajahnya yang mulia barang
seketika dalam mimpi-mimpi mereka. Sudah pasti setiap kekasih sangat merindui
untuk bersua dan menatap wajah kekasihnya.
Kerinduan
sebeginilah yang dapat kita rasakan jika kita menyorot kehidupan generasi
sahabat. Misalnya, kita dapat turut berkongsi keriangan dan kegembiraan Abu
Musa al Asy’ari r.a dan rombongan kaumnya dari Yaman yang berkunjung ke
Madinah.
Mereka
mempercepatkan langkah dan begitu girang untuk menemui Rasulullah sambil
mendendangkan syair kegembiraan: “Esok kita akan bertemu dengan para kekasih
kita, Muhammad dan sahabat-sahabatnya!” Setibanya mereka di Madinah dan Masjid
Nabi, mereka terus menghadap dan memuliakan Nabi SAW. (riwayat Al-Baihaqi).
4.
Seseorang yang mengasihi Baginda SAW juga akan membesarkan diri dan suruhan
Baginda termasuk memuliakannya ketika menyebut namanya. Malah ada yang sehingga
menunjukkan rasa rendah dan hina diri ketika mendengar nama Baginda SAW disebut
di hadapan mereka. Berkata
Ishaq al-Tujibi r.a, sahabat-sahabat Nabi SAW selepas kewafatan Baginda SAW
tidak akan menyebut nama Baginda SAW melainkan mereka akan merendahkan diri dan
menggigil serta menangis kerana diselubungi perasaan rindu yang dalam akibat
berpisah dengannya.
Hal
ini sangat berbeza dengan sesetengah mereka yang mengaku sebagai ahli agama
pada zaman kita yang tidak mahu membesarkan dan menobatkan keistimewaan Nabi
Muhammad SAW tetapi hanya menumpukan kepada risalahnya dan sunnah yang dibawa
olehnya. Seolah-olah Nabi SAW hanyalah berperanan seumpama posmen penghantar
surat atau orang suruhan bawahan!
Sedangkan
apabila seseorang makhluk itu mempunyai sifat-sifat istimewa tersebut, maka
sifat-sifat itu hanya sekadar yang bersesuaian dengan kemanusiaannya yang
diciptakan terbatas dan diperolehi dengan izin, kurniaan dan kehendak-Nya.
Mengasihi
Nabi SAW
Ada
juga sesetengah mereka yang menolak penggunaan gelaran Sayyidina bagi Nabi SAW
sedangkan Nabi SAW lebih daripada layak mendapat gelaran tersebut tetapi dalam
masa yang sama mereka bebas menggunakan pelbagai gelaran dalam kehidupan
mereka.
5.
Orang yang mengasihi Nabi SAW juga sepatutnya akan mengasihi orang yang
dikasihi oleh Nabi SAW terutamanya nasab keturunannya dari kalangan ahli-ahli
bait dan sahabat-sahabatnya yang terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar.
Mereka
juga akan memusuhi orang yang memusuhi mereka dan membenci orang yang membenci
mereka dan keturunan mereka.
Hakikatnya,
sesiapa yang mengasihi seseorang, dia akan mengasihi semua perkara yang disukai
oleh orang yang dikasihinya.
Ini
ialah sirah para Salaf al-Salih; mereka akan mengasihi segala yang dikasihi
oleh Rasulullah SAW sehinggakan terhadap perkara-perkara yang sekadar
diharuskan dan digemari oleh nafsu (yang tidak diharamkan oleh syarak).
Anas
ibn Malik r.a misalnya, setelah melihat Rasulullah SAW mencari-cari labu di
dalam dulang ketika sedang menikmati makanan, maka semenjak hari itu dia turut
sentiasa suka kepada labu.
6.
Orang yang mengasihi Nabi SAW akan membenci apa yang dibenci oleh Allah dan
Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi Sunnahnya, melakukan perkara bidaah
dalam agamanya dan memandang berat setiap perkara yang bercanggah dengan
syariatnya.
Allah
SWT menjelaskan: Engkau tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada
Allah dan hari Akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang
menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang yang menentang itu
ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka,
ataupun keluarga mereka. (al-Mujadalah: 22) “Mereka”
yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah para sahabat Baginda SAW yang
telah membunuh orang yang mereka kasihi dan juga bapa-bapa mereka yang ingkar
dan kafir semata-mata mengharapkan keredaan Allah. Ibnu Abbas RA menyatakan, di
antara sahabat Baginda SAW yang dimaksudkan di dalam ayat itu ialah Abu Ubaidah
al-Jarrah.
Beliau
sanggup membunuh bapanya dalam peperangan Uhud manakala Saidina Abu Bakar r.a
sanggup berlawan satu lawan satu dengan anaknya sebelum memulakan peperangan
Badar, tetapi dihalang oleh Rasulullah SAW. Inilah antara bukti cinta yang
tidak berbelah-bagi terhadap Baginda SAW.
7.
Orang yang benar-benar mencintai Nabi SAW juga pasti akan kasih terhadap
al-Quran yang diutuskan kepada Rasulullah SAW yang dengannya manusia mendapat
petunjuk. Mereka akan mengikut jejak Baginda SAW yang menjiwai al-Quran dan
berakhlak dengannya seperti yang ditegaskan oleh Ummul Mukminin, Aisyah r.ha
dalam katanya, “Akhlak Baginda SAW adalah al- Quran itu sendiri”.
Mengasihi
al-Quran bererti membacanya, beramal dengannya, memahaminya, menjunjung suruhan
dan meninggalkan larangannya.
8.
Tanda kasih terhadap Nabi SAW juga ialah berasa kasih dan belas terhadap
umatnya dengan memberi nasihat kepada mereka, berusaha melakukan kebaikan dan
menghapuskan kemudaratan daripada mereka.
13 PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA
2.
Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan
kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang
mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
3.
Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati
suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang
berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4.
Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi
bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
5.
Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat
perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6.
Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah
kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan:
Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang
menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7.
Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah
dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya
seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan
kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim
dan Bukhari.)
8.
Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9.
Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi
Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.
Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya
tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan
Tirmidzi.)
10.
Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat
32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam
bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11.
Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah
An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan
Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam
Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al
Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah
suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan
Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12.
Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang
menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat
nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D, An Nasaii dan Ibn
Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud: Hai nabi-nabi
katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang
mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang
demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak
diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli
Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong
pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan
masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim) Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk
dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13.
Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak
mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan
mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin
Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang
paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921).
NISFU SYA’BAN MALAM DIBERKATI
Mufti
Mesir, Sheikh Prof. Dr. Ali Juma’ah Muhammad telah ditanya berhubung
menyambut Nisfu Sya’ban dan malam-malam keagamaan dengan mengadakan bacaan
Yasin, ceramah dan berpuasa pada keesokan harinya. Beliau menjawab seperti mana
yang dimuatkan di laman web Darul Ifta al-Misriyyah, seperti di bawah.
Pertama, Malam Nisfu Sya’ban adalah malam
yang diberkati. Kelebihannya disebut oleh banyak hadis yang saling menguatkan
antara satu sama lain mengangkat darjahnya kepada hasan dan kuat. Oleh itu,
memberi perhatian kepada malam itu dan menghidupkannya merupakan tanda
kecintaan kepada agama tanpa diragui lagi. Ini setelah kita mengenepikan
hadis-hadis yang dhaif atau maudhuk berkenaan kelebihan malam tersebut.
Di
antara hadis-hadis yang ada bagi kelebihan malam tersebut;
- Hadis dari
Ummul Mukminin Aisyah r.a. yang menceritakan: Suatu malam aku mendapati
Rasulullah tiada bersamaku, lalu aku keluar mencari beliau. Aku menemuinya
di perkuburan al-Baqi’ sedang mendongak kepalanya ke langit, lalu baginda
berkata kepadaku; “Wahai Aisyah, apakah kamu khuatir Allah dan RasulNya
akan menganiayai kamu”. Aku menjawab; “Aku tidak rasa begitu, akan tetapi
aku mengangka kamu keluar ke rumah isteri kamu yang lain”. Lalu Nabi
bersabda; “Sesungguhnya pada malam Nisfu Sya’ban Allah Taala turun ke
langit dunia, lalu Dia mengampunkan hambanya lebih ramai dari bilangan
bulu kambing milik kabilah Kalb (*Kabilah al-Kalbi; satu kabilah di
kalangan orang Arab yang paling banyak membela kambing) (HR Imam at-Tirmizi,
Ibnu Majah dan Ahmad).
- Hadis dari
Mu’az bin Jabal yang menceritakan; Nabi s.a.w. Bersabda; “Pada malam nisfu
Sya’ban, Allah melihat kepada sekelian makhlukNya. Lalu Dia mengampunkan
ke semua mereka kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuh dengan saudara
seagama” (HR Imam at-Thabrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban).
- Hadis dari Ali
bin Thalib r.a. yang menceritakan; Nabi bersabda; “Bila tiba malam Nisfu
Sya’ban, bangunlah menghidupkan malamnya dan berpuasalah pada siangnya
kerana sesungguhnya Allah turun pada malam itu ke langit dunia bermula
dari saat terbenam matahari dan Allah berkata; Tiadakah orang yang memohon
ampun untuk Aku ampuninya. Tiadakah orang yang memohon rezeki untuk aku
beri rezeki kepadanya. Tiadakah yang ditimpa bala, untuk aku beri keselamatan
untuknya. Tiadakah orang yang melakukan demikian dan demikian…hinggalah
terbit fajar”. (HR Imam Ibnu Majah)
Tidak
menjadi halangan untuk membaca Yasin sebanyak 3 kali selepas solat
Maghrib secara beramai-ramai kerana ia masuk dalam pengertian menghidupkan
malam tersebut. Dalam perkara zikir, Syariat memberi keluasan kepada umat
Islam. Mengkhaskan beberapa tempat tertentu dan masa-masa tertentu untuk
beramal soleh secara berterusan merupakan suatu yang masyru’ (disyariatkan)
selama pelakunya tidak mengiktiqadkan ia adalah kewajipan Syariat yang berdosa
siapa meninggalkannya. Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. yang
menceritakan; “Rasulullah s.a.w. mengunjungi masjid Quba pada setiap hari Sabtu
dengan berjalan kaki dan menunggang kenderaan” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim)
Berkata Imam Ibnu Hajar dalam kitabnya Fathul Bari “Hadis
ini dengan pelbagai jalannya menunjukkan keharusan mengkhususkan hari-hari
tertentu untuk melakukan amal-amal soleh tertentu dan berterusan melakukannya”.
Berkata Imam
Ibnu Rejab dalam kitabnya Lataif al-Maarif; Para ulamak dari kalangan
penduduk Syam berbeza pandangan pada cara menghidupkan malam Nisfu Sya’ban itu
dengan dua pendapat;
1.
Pandangan pertama: Digalakkan menghidupkannya secara berjamaah di masjid, di mana
Khalid bin Ma’dan (seorang Tabi’in), Luqman bin ‘Amir (seorang Tabi’in juga)
dan beberapa ulamak lagi pada malam itu mereka akan memakai pakaian yang paling
elok, berwangian dan bercelak dan menuju ke masjib untuk beribadah bagi
menghidupkan malam tersebut. Imam Ishaq bin Rahawaih (dari kalangan Tabi’
Tabiin) turut menyetujui mereka dan ia berkata tentang menghidupkan malam Nisfu
Sya’ban secara berjamaah di masjid; “Ia tidaklah bid’ah”. Dinaqalkan
darinya oleh Harb al-Kirmani dalam kitabnya al-Masail.
2.
Pandangan kedua: Dimakruhkan berhimpun di masjid-masjid untuk mengerjakan
solat, mendengar kisah-kisah dan berdoa, tetapi tidak makruh jika mengerjakan
solat pada malam tersebut di masjid secara bersendirian. Pandangan ini
merupakan pegangan Imam al-Auza’ie (Tabi’in).
Dari itu, menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan
cara yang disebutkan tadi adalah disyariatkan, bukan bid’ah dan tidak
dimakruhkan, dengan syarat ia dikerjakan bukan atas dasar kemestian dan
kewajipan. Sekiranya ia dikerjakan dengan cara memestikan orang lain dan
menganggap berdosa sesiapa yang tidak bersama mengerjakannya, pada ketika itu
ia menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak pernah
diwajibkan oleh Allah dan RasulNya. Inilah yang dimaksudkan oleh sebahagian
ulamak Salaf yang memakruhkan amalan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban secara
berjamaah itu (yakni kerana mereka khuatir akan dianggap wajib oleh
masyarakat). Maka jika tidak dianggap wajib, tidaklah dimakruhkan.
Sumber: ikimfm
Tuesday, June 3, 2014
Monday, June 2, 2014
4 UNSUR LELAKI
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak keberapa dalam
keluarga.
·
Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
·
Air - kedua, Keenam, kesepuluh
·
Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
·
Angin - keempat, kelapan, kedua-belas
Tanah
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis deria. Ia tergolong sebagai
sifat kewanitaan. Orang yang menyedari kewujudannya di sini dan kini menghargai
kebendaan, keras hati, sabar, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak
tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.
(jenis pancaindera: syahwat, kering).
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sabar, tabah hati,
disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya
pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh
keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam,
tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima',
selalu sihat, banyak kerja.
Air
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat
kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut,
kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia,
memahami, tidak tamak, artistik.
(jenis perasa: fikiran, basah).
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada
angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan
orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran
panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya
tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang
faham.
Api
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui
sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian.
Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang,
kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka
terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko,
mampu melihat kemungkinan masa depan.
(jenis intuitif: cinta, panas)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetetif, perlukan
ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif,
sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan
baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah
teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya
cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.
Angin
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai
sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah
terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran
untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan,
mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.
(jenis pemikir: jiwa, sejuk)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat
dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas,
mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak
cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kisah, pemimpin.
Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.
4 UNSUR WANITA
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak keberapa dalam
keluarga.
·
Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
·
Air - kedua, Keenam, kesepuluh
·
Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
·
Angin - keempat, kelapan, kedua-belas
Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar.
Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
- Rendah
diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela
berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
- Sebahagian
sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap
meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
- Tenang
dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak
suka membantah atau membangkang.
- Orang
yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga
kecantikan untuk suami.
Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan
dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan.
Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
- Menghidupkan
hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
- Mengambil
berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan
anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
- Hatinya
bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
- Menenangkan
hati suami bila si suami menghadapi masalah.
Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia
juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita
bersifat api:
- Cintanya
sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
- Cergas
dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam
menguruskan hal-hal rumahtangga.
- Penasihat
yang baik kepada suami.
- Pandai
dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan
cantik dan menarik dihadapan suami.
- Sentiasa
waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.
Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang
berunsurkan angin:
- Mempunyai
sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
- Pandai
memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
- Mempunyai
perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka
menyusahkan suami.
- Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan.
RAHSIA BULAN KELAHIRAN - DATO’ DR. HAJI MOHD FADZILAH KAMSAH
JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya
serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan
suka mengkritik, rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan, suka smart,
kemas dan teratur bersifat sensitif, berfikiran mendalam, pandai mengambil hati
orang lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang
sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah
diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya, cukup
sayang pada kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu
belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yang sangat tinggi.
FEBRUARI
Berfikiran abstrak, sukakan benda
yang realiti dan abstrak inteligent, bijak dan genius, berpesonaliti yang mudah
berubah, mudah menawan orang lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur
dan setia pada segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka
dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak,
emosinya mudah terluka dan sangat sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak
suka benda yang remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat
berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan
ada harapan untuk merealisasikan impiannya, pemerhatian yang tajam, suka
hiburan dan sukan, suka benda yang bersifat seni, sangat romantik pada dalaman
tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pada benda yangg tahyul, amat mudah
dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamerkan emosi.
MAC
Berpesonaliti yang menarik dan
menawan, mudah didampingi, sangat pemalu dan pemendam rasa, sangat baik secara
semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sangat sensitif pada perkataan yang
dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang
lain, sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat
marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan
penilaian yang sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal,
suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka diberi perhatian yang
sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dengan hiasan
rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang
istimewa dan baik, jangan terlalu moody.
APRIL
Sangat aktif dan dinamik, cepat
bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sangat menarik dan pandai
manjakan diri, punya daya mental yang sangat kuat, suka diberi perhatian, sangat
diplomatik (pandai memujuk), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang, sangat
berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan
santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan
bersifat dendam, agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan, kuat daya
ingatan, gerak hati yang sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan
memotivasikan orang lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sangat cemburu
dan terlalu cemburu.
MEI
Kekerasan hati dan degil, kuat
semangat dan bermotivasi tinggi, pemikiran yang tajam, mudah marah apabila
tidak dikawal, pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang
amat mendalam, cantik dari segi mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan,
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk,
bersikap sistematik (otak kiri) suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa
yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu, bahagian telinga dan leher
mudah diserang penyakit, daya khayalan yang tinggi, permikiran yang tajam,
pandai berdebat, fizikal yang baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera, seni
muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam,
tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.
JUN
Berfikiran jauh dan berwawasan,
mudah ditawan kerana sikap baik, berperangai yang lemah lembut, mudah berubah
sikap, perangaiidea atau moodidea yang terlalu banyak dikepala, bersikap
sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan
segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih dan mahukan yang
terbaik, cepat marah dan cepat sejuk, suka bercakap dan berdebat, suka buat
lawak dan bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan dan pandai
berkawan, orang yang sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati,
mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih dan
cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati,
suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yang
tidak terkawal, sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur
saya adalah kawan saya.
JULAI
Sangat seronok didamping, banyak
berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, agak pendiam kecuali
diransang, ada harga dan maruah diri, tak suka menyusahkan orang lain tapi
tidak marah apabila disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat
menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tapi mudah
terluka hatinya, berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tapi
sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan
mental sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang layanan yang serupa dengan
semua orang tinggi daya simpati pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain
dengan pemerhatian mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka
megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk dirumah,
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa lemah dari
segi kesihatan perut, mudah gemuk kawal tak kawal diet, minta disayangi, mudah
terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat
kerja.
OGOS
Suka berlawak, mudah tertawan
kepadanya, sopan santun dan caring terhadap orang lain, berani dan tidak tahu
takut, orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan, pandai pujuk orang lain, terlalu
pemurah dan bersikap ego, nilai harga diri yang sangat tinggi, dahagakan
pujian, semangat juang yang luar biasa, cepat marah dan mudah mengamuk, mudah marah
apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yang tajam dan
teliti, cepat berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin dan dipimpin, sifat
suka berangan, berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat, sangat sensitif
tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar untuk relax,
sikap kelam kabut, romantik ,pengasih, penyayang suka mencari kawan.
SEPTEMBER
Sangat bersopan santun dan bertolak
ansur, sangat cermat, teliti dan teratur, suka menegur kesilapan orang lain dan
mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool sangat baik dan mudah
simpati sangat perihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur kerja yg
dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui orang yang
banyak berfikir daya pentaakulan yang baik, otak bijak dan mudah belajar, suka
mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri
sendiri, mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak
simpan rahsia, suka sukan, hiburan dan melancong, kurang menunjukkan
perasaannya terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan
benda yang luas bersistematik.
OKTOBER
suka sembang suka orang yang sayang
padanya, suka ambil jalan tengah, sangat menawan dan sopan santun kecantikan
luar dan dalam, tidak pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik
pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya
tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang
kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima
pandangan orang lain emosi yang mudah terusik, suka berangan dan pandai bercakap
emosi yang kelam kabut, daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) suka
melancong, bidang sastera dan seni pengasih, penyayang dan lemah lembut
romantik dalam percintaan, mudah terusik hati dan cemburu ambil berat tentang
orang lain, suka kegiatan luar, orang yang adil, boros dan mudah dipengaruhi
persekitaran mudah patah semangat.
NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara, sukar untnk
dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan
bijak, penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa, pemikiran yang tajam, daya
firasat yang sangat halus dan tinggi, bagus untuk jadi doktor, cermat dan
teliti, personaliti dinamik, sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari
rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia
dan banyak kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak diusahakan
sehingga berjaya, tak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap
orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain daripada orang lain, otak
yang sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan
semangat dan daya juang yang sangat tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba
sampai berjaya, badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam,
romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat
rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak
berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat
diramal dan mudah berubah-ubah.
DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotic,
sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa,
bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, seronok
didampingi, suka bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian dan suka
dibelai, sangat jujur amanah dan bertolak ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat
marah, perangai yang berubah-ubah, tidak ego walaupun harga diri yang sangat
tinggi, benci pada kongkongan. suka berlawak, pandai buat lawak dan berfikiran
dengan logik.
MENGAPA PERLU JADI MENARIK? - DATO' DR. HAJI MOHD FADZILAH KAMSAH
Daya
tarikan sememangnya ada dalam diri setiap individu. Kerana itu Allah dengan
sifatNya yang maha adil dan pemurah telah menetapkan kehebatan yang berbeza
bagi kita semua. Tambahan itu, ayat popular daripada ayat ke-4 Surah at-Tin
yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami menjadikan manusia itu dengan sebaik
kejadian.” Akan tetapi, dalam kesibukan kita dalam menangani isu di
sekolah/university/kolej/pejabat, antara keluarga serta masyarakat, kita
kadangkala terlupa yang kita ini mempunya daya tarikan yang unik.
Apakah
kepentingan daya tarikan ini? Ada lebih ribuan jawapan kepada persoalan ini.
Ada
yang mahu jadi menarik kerana beranggapan yang diri mereka tidak menarik
daripada segi rupa dan perawakan. Mereka mahu memperkukuhkan daya tarikan pada
diri kerana mahukan kawan dan penghormatan. Mereka mahu disanjungi oleh
rakan-rakan dan masyarakat setempat dengan menempah nama melalui pelbagai aspek
yang boleh menarik perhatian. Tidak kurang juga yang mahu menggunakan daya
tarikan tersendiri untuk memenangi hati gadis atau jejaka idaman. Seterusnya
daya tarikan seperti karisma juga amat penting dalam kenaikan pangkat di tempat
kerja dan sebagai ahli politik, daya tarikan adalah antara senjata utama dalam
memenangi hati pengundi. Bagi usahawan pula, mereka adalah wajah kepada
perniagaan mereka. Seraya itu, usahawan yang menarik lebih mudah untuk membina
jaringan atau network dengan pengedar, pengusaha lain yang boleh melakukan
kerjasama, serta yang paling utama, para pelanggan. Pasangan suami isteri juga
perlu sentiasa peka terhadap keterampilan serta daya tarikan diri kerana dari
segi psikologi, perempuan suka akan kecantikan pada diri sendiri manakala
lelaki pula gemar melihat perempuan yang cantik (ini memang tidak dinafikan).
Berbalik
kepada soalan kita tadi. Mengapa Perlu Jadi Menarik?Berdasarkan
perbincangan di atas, berikut merupakan antara manfaat-manfaat seseorang
individu akan dapat dengan menyerlahkan daya tarikan yang sedia ada pada
dirinya:
1. Keyakinan diri
2. Kemantapan hubungan
sosial
3. Kunci kepada
memenangi hati pasangan idaman.
4. Kemantapan hubungan
di pejabat
5. Mengukuhkan
pengikut atau “fan base”
6. Memudahkan
“networking” serta mengukuhkan “supply-chain” bagi usahawan.
7. Menambat hati
pasangan.
Orang
yang menarik ialah mereka yang yakin dengan kebolehan sendiri. Kebolehan dan
keistemewaan ini amat luas definisinya. Ada yang menarik kerana rupanya yang
kacak atau jelita serta susuk tubuh yang menawan. Tidak kurang juga yang
menarik kerana bijak berjenaka dan peramah. Ada yang punya suara merdu serta
memukau. Mereka yang berbakat dalam lakonan dan persembahan (showmanship) juga
mempunyai ramai ikutan. Dalam erti kata lain, setiap seorang mempunyai daya
tarikan yang tersendiri. Bagi mereka yang kurang mempunyai keyakinan kerana
beranggapan mereka tidak menarik, apa yang mereka perlukan ialah motivasi untuk
mencungkil bakat serta keistimewaan mereka yang mungkin terpendam disebabkan
persepsi masyakarat yang pelbagai. Ada individu yang memang mudah menonjolkan
daya tarikan tetapi ada juga yang perlu lebih usaha untuk mencapai perkara yang
sama. Allah itu maha adil dan bijaksana di mana hamba-Nya diuji dengan cara
yang berlainan.
Akhir
kata, kita perlu ingat bahawasanya kita ini menarik. Jika kita belum mendapat
apa yang kita diidamkan walau dengan daya tarikan yang sedia ada, ini bermakna
Allah mahu menguji kita dan meningkatkan daya kreativiti kita dalam usaha
mencapai kejayaan. Wallahualam.
(Artikel
ini digarap daripada buku “Tip Menjadi Individu Menarik” yang ditulis oleh
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar. Kini berada di
pasaran)
PETUA MENAWAN HATI PASANGAN - DATO' DR. HAJI MOHD FADZILAH KAMSAH
1.
Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak
jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2.
Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan
bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda
dengan pasangan anda.
3.
Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan
usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4.
Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet”
yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5.
Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk
mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di
dunia ini.
6.
Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat,
beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan
berfikiran positif.
7.
Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda.
Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8.
Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan
pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan
yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9.
Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan
bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal
pasangan anda.
10.
Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada
bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk
menerima cinta.
11.
Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan
mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat
murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga
berjaya.
13.
Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada
bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda
kepada bakal pasangan).
14.
Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang
lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun
sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15.
Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan
bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal
pasangan.
16.
Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat
dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17.
Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan.
Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18.
Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal
pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19.
Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk
didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada
kita.
20.
Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap
sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik
kepada kita. Justeru buang semua benci.
21.
Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan
dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki
lain.
22.
Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak
materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki
tersebut.
23.
Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian,
penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah
terlalu jimat atau kedekut.
24.
Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan, perasaan,
pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25.
Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada
bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26.
Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan
menambat lelaki terhadap wanita.
27.
Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan
sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat
perbezaan menyesakkan.
28.
Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling
mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29.
Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering
merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30.
Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk
hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31.
Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada
berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap
harta, wang dan hobi.
32.
Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika
mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing,
suka melancong atau suka ramai anak.
33.
Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya,
serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke
tandas.
34.
Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu
kejadian atau peristiwa - sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati
dan sebagainya.
35.
Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan - tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan
sebagainya.
36.
Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri
yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan
pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37.
Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan
tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta,
keturunan atau glamornya.
38.
Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej
dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39.
Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita
didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40.
Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda
kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan
berbanding pujian daripada kawan lama.
41.
Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini
menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42.
Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak.
Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada
anda.
43.
Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji, cari pujian yang original
untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat
dialukan dan dihargai.
44.
Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal
pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45.
Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan
ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46.
Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda
suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47.
Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome.
Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48.
Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah
kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan
keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49.
Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman, bersopan santun, suka
membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50.
Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi,
baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51.
Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat
perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa,
dan gunakan gerak batin.
52.
Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki
seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain.
Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53.
Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang
dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan
dengan emosi.
54.
Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya
bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau
situasi.
55.
Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan
kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56.
Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta
maaf, meminta bantuan, bertolak-ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah
lembut terhadap wanita.
57.
Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan
sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur
perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58.
Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia
marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang
perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada
perasaannya.
59.
Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih
sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia
merawat dirinya sendiri.
60.
Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif.
Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang
tersirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)