1. Sebenarnya lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari
adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. Sebab itu, dia selalu
meminta anda berdandan bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin
anda terlihat mempesona.
2. Lelaki sangat benci dikhianati. Walau luaran mereka egois,
keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah.
3. Ketika saat ini dia menyukai anda, beberapa saat kemudian, dia
lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. Hal ini adalah wajar tetapi bukan
bererti anda tidak pernah ada di hatinya.
4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu
maknanya pemikiran dia dan anda berbeza bukan bererti tak boleh bersatu,
tetapi saling mencuba untuk memahami satu sama lain.
5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya
bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah, ketika dia bersiap hendak tidur, anda
selalu ada di dalam fikirannya dan percayalah, mereka suka senyum-senyum
sendiri saat membayangkan betapa cantiknya anda hari ini.
6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat
yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon. Mereka memang bukan
makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal
perkara tentang anda.
7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai anda, dia akan
menerima anda apa adanya tak peduli anda gemuk, hitam atau berjerawat. Mereka
mungkin akan memberi nasihat pada anda untuk diet ketika anda merasa gemuk,
tetapi mereka tulus mencintai anda.
8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman anda. Untuk
itu jangan memelihara muka yang masam di wajah anda, tersenyum dan buatlah dia
semakin terpesona.
9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian anda.
Termasuk menceritakan kisah bekas kekasihnya, walaupun kadang-kadang hal ini
tidak perlu diceritakannya pada anda.
10. Lelaki tidak suka jika anda bercerita tentang bekas kekasih
anda walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada anda,
tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih anda.
11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua anda, jangan ragu
dan malu. Dia serius dengan anda!.
12. Lelaki ingin selalu berkongsi semua hal dengan anda, namun
terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. Untuk itu,
jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita
kepada anda.
13. Sesekali lelaki juga menangis. Semua bayi, lelaki mahupun
wanita menangis dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka
kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti anda. Berikan pelukan dan
sokongan padanya, kerana anda ada untuknya.
14. Jangan berusaha membuat lelaki marah kerana mereka adalah
makhluk tuhan yang mudah marah.
15. Lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu
berharap dan berandai-andai.
16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang
memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. Inilah yang
membuat mereka gagal menelefon anda setelah berpisah dan akhirnya
menyerah kerana anda memberikan respon yang negatif.
17. Saat anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia
tidak akan pernah boleh melupakannya. Untuk itu, boleh dikatakan lelaki lebih
lemah dan susah melupakan berbanding wanita.
18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana
hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan curiga pada anda. Seperti
wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu.
19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan
anda mengusap belakangnya dan membelai lembut kepalanya. Percayalah, jika anda
melakukan ini pada kekasih anda, maka ia akan terus menerus merindukan anda.
20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji anda.
21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berfikir ketika anda
menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu ertinya mereka tidak
mahu melakukannya. Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang
tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang dicintai. Tapi percayalah mereka
sangat menderita dan merasa terkongkong.
22. Jika anda berkata tidak, yang ada di dalam fikiran lelaki
adalah “Akan aku cuba lagi”. Masihkah anda ingat saat dia meminta anda menjadi
kekasihnya dulu-dulu.
23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami
dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi susah bagi mereka
untuk memahami anda. Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang
susah difahami.
24. Lelaki benci gay bukan bermaksud diskriminasi atau jahat,
tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai
sesama jenisnya.
25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.
26. Lelaki akan menyimpan sebahagian wangnya hanya untuk membeli
hadiah kecil untuk anda nanti.
27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai
mereka tetapi bukan bererti mereka menyukai wanita itu.
28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki kecuali anda
menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita
tentang diri anda.
29. Jika seorang lelaki dengan bersungguh-sungguh mengatakan bahawa
anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya percayalah perkataannya tulus
dari dalam hati.
30. Bukan perempuan saja yang gemar bergosip, lelaki juga selalu
bergosip ketika bersama-sama kawannya.
31. Wanita adalah kelemahan setiap lelaki. Mereka tidak akan
tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat
anda bersedih.
32. Lelaki lebih jujur dan terbuka tentang
diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan dan menerima apa adanya.
33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada anda, tetapi jika
digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.
34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.
35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada
dasarnya lelaki suka kebersihan, bau wangi, dan keindahan.
36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa
adanya.
37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat sekaligus kekasih baginya.
38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, anda
cukup mendengarkannya sahaja. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.
39. Jika ada seorang lelaki menyukai anda, lihat lebih jauh ke
dalam matanya. Mata adalah jendela hati dan ia tak pernah menipu.
40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan anda dari
lelaki lain. Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall.
41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas, berbanding wanita
yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.
42. Lelaki adalah makhluk yang pandai, mereka malu bertanya
kepada wanita apa yang diinginkan. Hasilnya kebanyakan tekaan mereka seringkali
meleset.
43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu mereka akan
membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih
cenderung memendam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah
diwujudkan.
44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahsia. Mereka
hampir tidak boleh menyimpan rahsia dengan baik.
45. Kadang-kadang, lelaki terlalu banyak berfikiran negatif
berbanding positif.
46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang
tidak mungkin dibatasi. Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga.
47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi
lelaki tetapi mereka cukup peduli pada berat badan wanita khususnya termasuk
anda.
48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya maka mereka akan
menjadi makhluk yang super aktif. Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput
dan menghantar anda serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone
anda.
49. Jika anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki anda, mereka tidak
akan pernah boleh jauh dari anda.
50. Bagi lelaki melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih
lama dari seumur hidup.